Salam.
Nak share dengan korang barang yang aku beli di Shopee baru-baru ni.
Barang ape tu? Mesti lah inai, seperti yang tertulis di tajuk entri ni.
Sebenarnya, dah lama berhajat nak beli inai di Shopee, tapi asyik terlupa je. Jadi hari tu, scroll la shopee cari inai mana yang best kan.
Ada banyak jenis inai dengan harga yang berbeza. Ada yang murah, ada yang mahal. Aku baca review yang mana okay.
Last-last aku pilih inai ni.
Harga 1 botol ni RM15. Tak sure la mahal ke murah ke.
Inai diletak dalam bekas ni. Barang sampai dalam keadaan baik. Bekas tu pecah time nak buka (kawan aku yang buka) haha.
Review aku:
Nak pakai tu kena picit kuat sikit botol inai tu. Tapi yang bestnye inai ni, dia cepat kering. Lebih kurang dalam 10 minit je.
Lepas tu dah boleh cuci.
Setakat ni dah pakai 2 hari, warna masih merah cantik lagi la.
Tapi takpe, kalau dah kurang merah, topup je lagi inai ni. Botol dia agak besar juga la, boleh pakai banyak kali.
Oh ya, semalam ada nurse dekat ward yang bawak inai picit yang untuk lukis inai di tangan tu. Kebetulan ada rakan sekerja aku yang pandai lukis inai tangan, apa lagi. Mintak dia tolong lukiskan inai di tangan aku la. Hehe.
Biasa buat di kedai je, tapi sekarang kan banyak kedai tutup. Jadi mintak tolong orang lukiskan aje lah.
![]() |
sila abaikan jari yang gemuks. |
Hasilnyaa.
Kalau nak cuba juga, korang cari je inai ni di Shopee. Bye!
Salam.
Apa yang 7 bulan tu ya?
Hmm..
7 bulan dah tak balik Penang, rindu keluarga. Rindu semuanya yang dekat sana.
Nasib baik awal tahun hari tu ada balik untuk buat rawatan 'Relex Smile'. Walaupun terkandas lagi seminggu lepas tu gara-gara PKP.
Kalau tak balik hari tu, kira dah setahun la tak balik...
Bila lah Covid-19 ni habis ya. Sabah pon dah 2 hari berturut 1000 kes ke atas.
Hmm. Tak tau nak cakap apa.
Sekarang pon HQE1 dah jadi full Covid-19 hospital.
Servis kesihatan lain terpaksa diberhentikan sementara waktu bagi menampung pesakit Covid-19 yang makin ramai.
Semalam pun di klinik aku baru buat gotong royong pindah barang, sebab satu bahagian akan dipinjamkan kepada jabatan lain utk klinik mereka.
Aku tak dapat nak tolong, sebab baru je check swab PCR hari jumaat, result masih pending masa tu.
Sebab ada contact dengan pesakit yang positif Covid-19.
Alhamdulillah, result dah keluar petang semalam, dan negatif semua staff yang ada kontak dengan pesakit tu.
Bak kata HOD (head of department) aku, assume everyone is infected nowadays. Huhu.
So, everyone. Please jaga diri ya.
We all can do this!
Rindu nak jalan-jalan. Kundasang pon jadi lah..
Salam.
Hari ni weekend, baru ingat nak bangun lambat. Tapi tadi terjaga awal pula. Nak sambung tidur balik, macam tak dapat pula.
Ni gara-gara ada phone call awal pagi. Sepatutnya aku 'oncall' semalam, tapi aku tukar dengan rakan sekerja. Orang yang call tu pula tengok 'oncall' list dan call, bukan nya nak call operator dulu. Sabar je lah.
Bila bangun awal ni, perut pun mula lah lapar. Aku macam biasa, scroll apps foodpanda/ grabfood. Tapi tak jumpa benda yang nak makan.
Jadi kita makan ajelah ape yang sedia ada dalam rumah ya.
so, terjadi lah breakfast ni. Simple dan kenyang.
Nak makan tu, kena on laptop siap-siap. Makan sambil tengok drama Korea. The Devil Judge. Baru nak tengok episod satu.
Korang breakfast ape pagi ni?
Salam.
Akhirnya, dapat juga mencuba Sambal by d' SAMBAL licious daripada blogger Fairus.
Aku beli di shopee je. Dari haritu dok tengok je sambal tu. Masa tu berfikir nak beli yang satu - satu je atau terus beli kombo alang-alang sebab boleh rasa semua jenis sambal tu kan.
Last-last aku beli Kombo 3 jenis sambal. hehe.
Tak ada free postage. Tapi sebab teringin sangat kan, jadi beli je la. Nak support bisnes rakan blogger juga.
Jadi petang semalam, selamat lah sampai sambal -sambal ni di KK, Sabah.
Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat. Tak ada pecah ke tumpah langsung.
Setiap botol sambal dibalut dengan bubble wrap.
Jadi malam tu juga aku cuba sambal ni. Sambal yang aku dah cuba adalah Sambal Petai Bilis Pedas.
Serius cakap, memang sedap. Rasa dia sebjik rasa sambal yang aku suka. Pedas, ada manis sikit. Cuma minyak agak banyak la. Tapi, aku layankan je. Besok lusa kita diet ya. haha.
Hampir separuh botol aku makan sambal tu semalam, sebab sedap. Sampai bertambah nasi.
Jadi tak boleh makan selalu sambal ni. Nanti bertambah lagi berat aku. dah la diet ke laut sekarang.
Jadi, kepada peminat sambal, sila la cuba sambal ni ya. Memang sedap tau.
Nanti bila sambal dah nak habis, aku akan repeat order lagi.
Harap-harap time tu dah ada free shipping di shopee. hihihi
Kalau nak cuba juga sambal ni, korang boleh tengok di sini ya --> Kombo 3 jenis sambal.
Bye!
Salam.
Ni menu ad hoc minggu lepas. Hari sabtu kalau tak salah aku. Macam biasa, selalu scroll facebook, ig tengok video makanan.
Nampak ada orang share resipi maggi goreng basah simple, jadi aku pon apa lagi. Terus ke dapur dan cuba. Haha.
Resipi ni sangat simple tau.
Maggi Goreng Basah simple
Bahan yang diperlukan:
Maggi Kari sebungkus
Daun bawang (boleh guna bawang merah/putih 1-2 biji),
(aku guna daun bawang sebab nak habiskan je. )
Sos cili, sos tomato, kicap 1/2 sudu
Isi ayam/ sosej (terpulang korang nak letak apa)
Telur 1 biji
Cara Masak:
Tumis daun bawang
Tambahkan sos cili, sos tomato, kicap 1/2 sudu
Masukkan serbuk Maggi kari
Masukkan sebiji telur
Last sekali, tambahkan maggi yang dah direbus.
Siap!
Jemput makan! hehe.
Kebelakangan ni kerap pulak aku makan maggi. Adoi..
makanan tak sihat ni, kadang-kadang nak makan kalau teringin boleh la.
Salam.
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.
Tahun ni ada yang buat ibadah korban tak? Syu Alhamdulillah, dapat buat ibadah korban pada tahun ni. Bagi duit dekat mak, mak yang uruskan. Alhamdulillah.
Hari ni postcall. Jadi awal pagi siapkan kerja ward dulu. Dalam pukul 8 lebih tadi baru dapat balik rumah, lepas passover case ward dekat kawan yang oncall hari ni.
Ingatkan nak tidur dulu sekarang, tapi macam tak dapat nak tidur pula. Mood nak beraya datang pula tiba-tiba. Mula-mula tu tak ada mood sangat kan (sebab baru perasan earpods kesayangan hilang, huwaaa).
Jadi, ni nak bersiap untuk ke rumah kawan sekerja, ada makan-makan sikit. Tak ramai pun, 2-3 orang je. Memang jumpa hari-hari sebab kerja di tempat yang sama kan. hehe.
Selamat menikmati juadah raya semua..