Salam Aidil Adha

 

Salam.

Selamat Hari Raya  Aidil Adha semua.




Tahun ni ada yang buat ibadah korban tak? Syu Alhamdulillah, dapat buat ibadah korban pada tahun ni. Bagi duit dekat mak, mak yang uruskan. Alhamdulillah.


Hari ni postcall. Jadi awal pagi siapkan kerja ward dulu. Dalam pukul 8 lebih tadi baru dapat balik rumah, lepas passover case ward dekat kawan yang oncall hari ni.

Ingatkan nak tidur dulu sekarang, tapi macam tak dapat nak tidur pula. Mood nak beraya datang pula tiba-tiba. Mula-mula tu tak ada mood sangat kan (sebab baru perasan earpods kesayangan hilang, huwaaa). 


Jadi, ni nak bersiap untuk ke rumah kawan sekerja, ada makan-makan sikit. Tak ramai pun, 2-3 orang je. Memang jumpa hari-hari sebab kerja di tempat yang sama kan. hehe.


Selamat menikmati juadah raya semua..





You Might Also Like

6 ulasan

  1. Alhamdulillah. Moga ibadah korban mendapat ganjaran besar di sisi-Nya.
    Selamat hari raya aidil adha Syu.

    BalasPadam
  2. salam raya korban kaksyu!

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha Syu. Alhamdulillah Syu dapat buat ibadah Korban. Seronok ada rakan rakan sama tempat kerja meraikan raya bersama.

    BalasPadam
  4. salam aidil adha Syu dan kengkawan :)

    BalasPadam
  5. selamat hariraya maaf zahir batin syu

    BalasPadam