Salam.
Semalam buat entri pasal Osbel, tiba-tiba teringat Majeztea.
Terus la order minuman Majeztea melalui grabfood.
Aku order dengan kawan aku, Ruru (nama pendek) haha.
Alang-alang nak cukupkan order untuk dapatkan free delivery kan.
Aku order Cheese Milk tea macam biasa dan Ruru order Brulee Milk tea.
Tak lama kemudian, dapat call daripada grab. Dia cakap minuman tumpah. Dia ada hantar gambar sekali.
Kecewa sekejap.
Bila turun di lobi hospital untuk ambil air minuman, memang nampak la plastik penuh dengan air milk tea.
Bawak la naik ke atas juga, sebab nak kena report di grab.
1 cup tumpah habis, 1 cup lagi 1/3 tumpah. Masih boleh minum lagi la.
Brulee Milk tea & Cheese Milk tea
Yang tumpah habis tu Brulee Milk tea ruru. so aku order yang baru untuk dia. Dah la tengah pregnant.
Air orang yang pregnant pula yang tumpah. kalau air aku yang tumpah, aku tak beli dah rasanya.
Majeztea Cheese Milk tea.
Rasanya last minum air ni 4 bulan lepas, sebelum naik Gunung Kinabalu.
Bye!
Salam.
Minggu lepas dapat minum Caffe latte dari Osbel. Ada orang belanja, Alhamdulillah.
Rupanya dah ada banyak branch Osbel ni dekat Sabah.
Aku baru je tau pasal Osbel ni. haha.
OSBEL
Aku rasa biasa je, macam terlebih susu pula ni. Dah macam milk tea pula.
Bersepah sikit meja tu, time lunch kan. jadi banyak makanan di atas meja pantri.
Bila ke ward, ada staff nurse tanya aku pergi beli di Osbel ke. Rupa-rupanya ada kedai Osbel di hospital sebelah, KPJ.
Petang tu juga aku ke sana haha. Ada jual roti juga, beli la 2-3 bungkus roti. boleh makan untuk breakfast.
p/s: tiba-tiba rasa macam nak minum Majeztea pula.
Salam.
Pagi ni breakfast nasi lemak. Biasanya kalau aku postcall (selepas kerja 24jam) aku akan jadi craving nak makan benda sedap dan banyak.
Sebab tu la diet selalu tak menjadi. Sebab asyik oncall je, lepas oncall mesti nak kena makan banyak. haha.
Biasanya aku akan beli nasi lemak di Warung Kelate Cek Ma. Aku beli melalui grabfood je, hantar ke hospital macam biasa. Sangat jimat beli di grabfood sebab ada voucher discount lagi.
Macam hari ni aku beli 3 bungkus makanan, cuma RM12.80 je lepas dah tolak diskaun bagai.
Boleh la makan untuk 1 hari. Jimat pon ya jugak.
Warung Kelate Cek Ma
Hari ni aku beli macam biasa, nasi lemak wajib ada.
Aku akan request ayam bahagian paha/thigh dan biasanya memang akan dapat. Ada la 2 kali macam tu tak dapat bahagian ayam yang aku nak.
Lagi 1 mee goreng kosong. Sedap juga.
1 lagi tapau aku beli nasi putih + ayam cili padi. Tak ambil gambar pula.
Ni boleh makan untuk lunch atau dinner pula.
kedai makan Warung Kelate Cek Ma ni aku tak tau dekat mana, memang selama ni beli melalui grabfood atau foodpanda je. tengok yang mana lagi banyak diskaun.
Salam.
Aku baru je habis tengok korean drama Money Heist: Korea – Joint Economic Area.
Setakat ni baru season 1, ada 2 part. Part 1 ni ditayangkan pada bulan Jun yang lepas, dan part 2 pula baru je habis ditayangkan pada bulan Disember ni.
Masa tengah scroll cari drama korea yang nak di-tengok hari tu, ternampak la drama ni. Macam menarik je, so aku pon tengok la.
Drama ni remake daripada "Money Heist" (La Casa de Papel) -Spanish.
Ramai yang cakap kena tengok yang original punya, sebab lagi best. Ok la, nanti aku tengok yang spanish punya haha.
Money Heist: Korea – Joint Economic Area
Drama ni mengisahkan sekumpulan pencuri yang cuba merompak duit di 'Mint'. Mint ni gabungan antara North and South Korean.
Sebenarnya tujuan utama bukan untuk mencuri duit tu je, ada agenda lain sebenarnya.
Setiap episod tu sangat mendebarkan. Sampai aku sendiri merasa palpitation (berdebar-debar).
Kalau ada part sedih tu, mengalir juga la air mata. memang sedih betul.
Dah la aku marathon beberapa episode sekali tengok. Weekend lepas aku kerja passive (sampai tengah hari) je, jadi ada la banyak masa untuk rehat-rehat sampai layan drama korea.
Salam.
Ni cerita sabtu lepas. Pagi tu aku kerja juga 'passive', sampai pukul 1 petang macam tu. Lepas habis round ward dan settle keja, aku pon balik.
Malam tu dah ada plan dengan kawan aku untuk tengok movie - Violent Night. Tengok trailer dia macam menarik.
Kawan aku ajak makan sushi dulu sebelum movie time. So kami gerak awal sikit la. Lepas maghrib di rumah dalam 6 petang macam tu, terus gerak ke Suria Sabah.
Ramai juga orang masa tu di Sushi Tei, menunggu hampir 15 minit baru dapat duduk meja makan.
Ni first time aku ke Sushi Tei. Pini cakap ramen dia sedap, tapi tak rasa nak makan ramen la pula sebab baru makan minggu sebelum tu di Ichiban Ramen.
Jadi aku pilih menu nasi la. Dan kami beli 2 set sushi juga untuk kongsi makan sekali.
2 Sushi set - tak ingat nama menu haha
Oyako Katsudon
Sebelum tengok movie singgah beli pudding milk tea di Yoyo dulu.
Lama tak minum pudding milk tea dia.
Lepas tu baru masuk cinema tengok movie.
Bagi aku not bad la jalan cerita dia, tapi sangat ganas la.
Kena tutup mata few times juga sebab tak tahan dengan scene yang sangat ganas tu. darah terpercik sana sini..
Salam.
Kisah 2 Disember lepas juga, semasa aku di Penang.
Plan kali ni memang nak jumpa 2 orang kawan baik aku sejak sekolah menengah lagi. Kawan yang aku memang akan jumpa bila balik ke Penang.
Sebenarnya dah nak dekat setahun juga la tak jumpa mereka ni, sebab masing-masing pun sibuk juga. Kadang-kadang aku balik Penang kejap sangat dan tak sempat nak jumpa mereka.
Alhamdulillah, kali ni ada rezeki kami berjumpa. Beberapa minggu sebelum balik ke Penang, aku dah inform 2 kawan baik aku ni. Jadi dah ada tentatif hari untuk kami berjumpa.
Biasanya kami singgah di kedai makan dan sembang-sembang di situ selama beberapa jam. Kawan aku Aina yang akan ambil kami dari rumah. Aku kalau di Penang memang jarang drive, sebab akak aku yang selalu akan drive. Kalau dia kerja je, dan aku memang nak keluar baru aku akan drive sendiri.
Aina akan pick up kami di rumah, sama ada aku atau pun kawan aku Syira dulu.
Kali ni kami ke Nash Bistro, Bandar Perda. Ni kali pertama aku ke sini.
Nampak macam menarik juga menu dia.
Ni yang kami order, sebab masing-masing dah lunch. Jadi perut masih kenyang lagi.
Sambil sembang, sambil mengunyah. Banyak topik yang nak diceritakan sebab dah lama tak bersua muka.
Banyak menu yang ada di sini. Lama juga nak pilih.
Sebelum balik, aku bungkus nasi goreng ayam, maggi goreng dan nasi goreng seafood.
Adik aku je pesan nasi goreng seafood, yang lagi dua tu aku beli sebab aku sendiri yang teringin nak makan. haha
Aina, aku dan Syira.
Wefie sebelum masing-masing berpisah.













