Salam.
Minggu lepas (25-26 Februari 2023) aku dan kawan-kawan staycation di Mesilau, Kundasang.
Setiap beberapa bulan mesti kami akan staycation di Sabah. Setakat ni memang Kundasang la tempat yang selalu kami staycation.
Sebab dekat sikit dan view yang cantik iaitu Gunung Kinabalu.
Sebelum ni kami dah pernah staycation di
Ada banyak lagi tempat lain, tapi aku malas buat entri haha.
The Clover ni terletak di Mesilau. Jauh lagi dari Desa Dairy Farm Kundasang tu.
Rasanya ni la paling jauh aku pernah stay di Mesilau.
Sebelum ni pernah stay di Komfy Kabin Kundasang, ingatkan ni dah paling jauh.
Dekat The Clover ni ada 4 buah rumah yang boleh kita stay.
Aku book 1 rumah, mulanya untuk 10 orang. tapi macam biasa la bila di hari kejadian yang pergi cuma 7 orang.
1 rumah ada 2 bilik. 1 di bahagian bawah, 1 pula di atas.
Harga 1 malam RM750 (cuti sekolah). Kalau bukan waktu cuti, murah sikit.
Aku tak tahu pula masa ni tengah cuti sekolah. Tapi book ajelah, sebab timing ni je ramai yang boleh cuti sekali (maksud nya tak oncall). Kami kena block weekend untuk tak oncall sebulan sebelum. Jadi kalau nak staycation ramai-ramai macam ni kena la plan awal sebulan.
Bagi aku, aku suka tempat ni. Dia sangat tenang sebab jauh dari pekan Kundasang.
Di sebelah rumah boleh nampak Gunung Kinabalu. Cuaca pun sejuk, memang best untuk steamboat waktu malam.
Semua barang yang ada lengkap di sini terutamanya perkakas dapur. Senang untuk memasak, tinggal beli bahan untuk memasak je.
Hari sabtu 26 Feb 2023 aku postcall. Lepas dah siap passover dekat oncall team hari sabtu, aku terus balik rumah dan bersiap. Nasib baik dah siap packing baju, tinggal ambil je lagi.
Kami berkumpul di parking hospital pada 9 pagi. Ada yang sampai lambat sikit, jadi kami bergerak dalam 9.30 pagi macam tu.
Macam biasa, kami singgah breakfast di Bandar Sierra dan makan nasi lemak.
Kemudian barulah teruskan perjananan ke Kundasang. Kali ni pergi dengan 2 buah kereta. 1 kereta 4 orang, 1 lagi 3 orang.
Aku duduk di seat belakang yang 3 orang tu, jadi aku baring dan tidur la di kerusi belakang. Dengan perut yang kenyang lepas makan nasi lemak & postcall lagi, memang terlena lah.
bangun-bangun dah sampai di Pekan Kundasang.
Ingatkan jalan ke sana jem sebab cuti sekolah & weekend, tapi Alhamdulillah tak. kejap je dah sampai. Tak sampai 2 jam perjalanan.
Kami singgah di Bataras untuk beli barang masakan dan jajan terlebih dahulu. Dah siap beli, baru lah kami ke The Clover.
Kami sampai di sana agak awal, sebelum pukul 2pm. Pekerja dia tengok housekeeping lagi.
waktu check in adalah pada pukul 3pm. Tapi sebab kami sampai awal dan rumah pun dah siap, kami dapat masuk awal dalam 2pm.
Rehat kejap, lepas tu terus mula masak untuk late lunch.
goreng ayam dulu. kunyit pun terlupa beli haha
Masak simple je. Ayam kicap, sambal udang & telur dadar. Makan dengan nasi panas-panas, fuh memang sedap.
Lepas makan, semua buat kerja masing-masing. ada yang menikmati pemandangan, ada yang tengok TV. Aku pula sambung tidur lagi 2 jam.
Kalau tak tidur, confirm malam nanti akan mengantuk awal. Dah la plan nak main games & tengok movie.
Malam nya, kami makan steamboat.
steamboat
Lepas makan, main games.
Kami main Werewolf & Organ Attack. Tak sempat nak tengok movie.
Kami main game sampai 2am. Semua macam zombie besok pagi tu sebab tak cukup tidur. Haha
sebelah pagi nya, kami ambil gambar ramai-ramai. Memang every staycation akan ambil gambar sama-sama.
Lepas dah ambil gambar, baru breakfast. Kawan aku Pini masak nasi goreng. Aku goreng karipap, keropok lekor yang Pini bawak dari rumah.
Oh ya, pagi tu aku dah bangun awal dan masak meggi dah. Time semua orang tidur lagi. Haha
Salam.
Hari ni baru ada masa nak update pasal trip bulan lepas. Harap-harap rajin la update lagi lepas ni.
25 Jan 2023 (Rabu), balik dari kerja, terus ke KKIA. Barang semua dah siap packing malam sebelum tu. Packing tu jadi kejap je kalau dah ada idea barang apa yang nak dibawa. Aku rasa aku cuma ambil masa dalam 10-15 minit je untuk packing, sebab dah tulis siap-siap barang yang nak bawa.
Kami ke Bali selama 6 hari 5 malam, jadi banyak juga la barang yang nak kena bawa.
Aku naik grab je dari rumah untuk ke KKIA. Nasib baik la tak berapa jam sangat jalan ke airport.
Flight dari KK ke KL sepatutnya pada pukul 6.55pm (tapi lewat 10 minit) jadi sampai di KLIA 2 pada pukul 9.35pm.
Kawan kami dari Pahang dah sampai awal dulu di KLIA 2. Kami jumpa di airport je.
Fligh kami mendarat di gate yang jauh. Jadi terpaksa la berjalan jauh untuk keluar dari situ. Perut dah lapar betul masa ni, plan nak makan di KLIA 2 je.
Tapi sebelum makan, kami check in Aerotel KLIA 2 dulu. Malas nak keluar cari hotel di luar. Senang stay di Aerotel je. Lagipun dah banyak kali stay dekat sini. Memang selesa. Cuma harga dia mahal sikit la.
Aku book di Trip.com dapat RM 305/ night.
Yang penting sebelum book buka Shopback.com dulu untuk dapatkan cashback.
Siap check in di Aerotel, perut pon dah sangat sangat lapar. Kami makan di Old Town White Coffee berhampiran balai berlepas tu. Nasib baik buka 24 jam.
Risau juga fikir nanti nak makan dekat mana kalau sampai lambat di KLIA2.
Aku makan Hainanese Chicken Chop Rice.
Memang kenyang terus.
Balik bilik, solat dan tidur. Esok akan naik flight untuk ke Bali. Tak sabar!
Salam.
Hujung bulan Januari 2023 yang lepas, aku ke Bali bersama 3 orang kawan aku selama 6 hari 5 malam.
Dapat juga ke Bali setelah 3 tahun pandemik Covid-19. Mulanya nak ke Bali pada Mac 2020 yang lepas, tapi terpaksa cancel kerana Covid-19 lah. Boss aku memang tak bagi pergi, dan ada hikmah juga la tak pergi masa tu. Kalau pergi juga, maybe jadi orang terawal yang kena Covid-19.
Kami ke sana agak lama, 6 hari dan 5 malam.
Tapi tak banyak tempat yang kami cover sebab cuaca yang agak kurang bagus. Hari pertama sampai di Bali pun dah hujan. Pak supir cakap dah 2 minggu tak hujan, tiba-tiba hari kami sampai tu hujan pula.
Di bawah aku share itinerari kami sepanjang di sana.
Travelog Bali Jan 2023 (26 - 31 Jan 2023)
Day 1 (26 Jan 2023)
Flight dari KLIA2 ke Bali (Ngurah Rai International Airport)
Ke Nusa Penida
Day 2 (27 Jan 2023)
Jalan - jalan di Nusa Penuda
-Rumah Pohon
-Diamond Beach
-Kelingking Beach
Day 3 (28 Jan 2023)
Dari Nusa Penuda ke Tanah Lot
Check in The Saren, Tanah Lot
Cafe hopping
Day 4 (29 Jan 2023)
Ke Ubud - naik swing
Kintamani
Cafe hopping
Day 5 (30 Jan 2023)
Jalan-jalan di Kuta, beli souvenir
Cafe hopping
Day 6 (31 Jan 2023)
Flight balik ke KL, KL-KK
Salam.
Dah masuk Februari dah, cepat betul masa berlalu.
Hari ni baru dapat buka blog sekejap setelah menyepi selama hampir seminggu.
Baru je balik dari travel pertama tahun ni.
Sampai rumah pun dah malam, lepas tu terus tidur. Hari ni dah start kerja, tapi passive pula (sampai at least pukul 9 malam).
Barang tak sempat unpacking lagi. Tapi tak pe lah, weekend nanti kan ada.
Sebab dah seminggu lebih tak makan nasi lemak kan, tiba-tiba rasa nak makan pagi tadi.
jadi scroll la grabfood, dan cari kedai yang ada di sini.
Antaranya Restoran Kak Cik Kelate, nampak review macam best. Ni la masanya nak cuba kan.
Aku beli nasi lemak + ayam goreng berempah + telur mata.
Sambal dia sedap juga, tak manis dan tak pedas sangat.
Boleh la order lagi nanti..











