Salam.
Malam tadi ayah aku masak ketam masak lada, tapi aku tak makan sangat ketam. Sebab tak rajin nak kopek ketam yang isi nya tak berapa banyak. haha
jadi ada baki sambal petai yang mak aku masak sebelum ni. Terus aku request dekat ayah aku nak makan nasi goreng petai.
Bila balik Penang ni, memang ada je benda yang nak makan.
Kalau dekat KK, kalau ada mood nak masak, dapat juga la makan nasi goreng petai sendiri.
Nasi goreng petai as requested
dengan ikan kecik goreng, aku tak tau apa nama ikan ni.
Alhamdulillah, kenyang.
Salam.
Hari ni aku terpaksa ambil cuti tambahan untuk balik ke Penang, sebab flight aku diawalkan pula pada hari ni.
Disebabkan tak nak bayar duit flight lebih (double daripada harga flight yang aku beli awal-awal) di Trip.com, jadi aku apply last minute cuti tambahan untuk hari ni.
Dah lama tak balik Penang, last balik masa Bulan 4 hari raya puasa hari tu. Tu pon balik malam hari raya pertama. Hari raya pertama aku beraya dengan kawan-kawan yang balik lambat juga di KK.
Hari raya haji bulan lepas aku tak balik sebab memang plan nak balik awal bulan julai ni. Nak pergi jalan-jalan dengan family nanti.
Tiket flight KK-Penang-KK tak la murah sangat tapi tak lah mahal juga. Asalkan beli awal & cari dulu di skyscanner tengok beli dari apps mana yang murah.
Untuk tiket KK-Penang return kali ni aku beli di Trip.com. Disebabkan Firefly last minute (maybe) reschedule flight aku terpaksa deal dengan agen di Trip,com ni. Dan aku sangat geram dengan cara diorang layan customer. Geram aku ni macam rasa tak nak guna dah apps ni sebenarnya... Tapi.. Ada banyak upcoming flight & hotels yang aku dah book di sini, jadi redha je lah.
Next time maybe akan dipertimbangkan lagi sama ada nak guna apps ni ke tak. Padahal bertahun dah guna apps ni memang tak ada masalah pon. Tapi tulah, nasib tak baik kali ni, dapat agen yang hmm.. susah nak cakap.
OKlah, jom kita cerita pasal lunch aku selepas landed di Penang International Airport. Sebenarnya brunch la, belum lagi tengahari, sebab aku dah kelaparan.
Mulanya ayah aku ajak makan di Eryna Cafe Curry Claypot sini, tapi belum buka lagi masa ni. Jadi kami pusing-pusing area Balik Pulau untuk cari durian pula. Sekarang kan tengah meriah dengan durian. Balik rumah tadi pon masuk rumah je dah bau durian. Ayah dan mak aku beli semalam, nak buat cucur durian.
Lauk Cikta, Bayan Lepas
Antara lauk yang ada
lauk yang kami ambil
sambal sotong, kari ikan, telur sotong & sayur
sambal telur puyuh tu sedap. 3 biji RM2.
lauk yang aku ambil
ikan keli seekor, dengan daging masak merah.
Ikan keli sedap, tapi daging liat sangat.
Total RM46.20
murah juga harga dia mak aku cakap. Kalau aku, memamg murah la, berbanding harga makanan di KK 😂.
Salam.
Isnin baru-baru ni aku makan di Azuma Sushi di City Mall dengan kawan-kawan aku. Sebenarnya nak redeem baucer yang dapat sebelum ni.
Tapi dah expired pula baucer tu. Salah tengok bulan rupanya. Expired bulan Jun, bukannya Julai.
Dah alang-alang nak makan sushi, pergi juga lah.
antara set bento yang ada
Aku order set bento dan tambah order lain juga.
Sushi
Pan fried beef
Set bento
Alhamdulillah, sangat kenyang.
Tapi boleh makan sini kadang-kadang je la sebab mahal juga harganya. Lari bajet.
Salam.
Jumaat 2 minggu lepas aku dan kawan sekerja makan di Nyonya House. Sebelum ni pernah makan Nyonya House di Imago Mall & Suria Sabah Mall je.
Nyonya House ni baru buka berdekatan dengan hospital aku. Jadi kami jalan kaki je ke sana masa lunch jumaat yang lepas.
Tengok dulu menu apa yang ada,
Antara menu yang ada di sini
Aku order Nasi Goreng Kampung
sebiji macam dalam gambar menu
Portion dia besar, memang kenyang sangat. Padahal masa ni pun aku tak lapar sangat, tapi nasib baik la boleh habis juga.
Membazir pula kalau tak habiskan.
Nasi goreng tomyam dia pon sedap juga. Next time boleh ke sini lagi, sebab dekat je dengan tempat kerja.
Salam.
Malam tadi aku dengan kawan aku Wahid (Wahidah) makan di Richiamo Coffee.
Kami makan agak lewat juga la.
Petang tu aku pergi ambil Wahid di hotel dia. Dia datang dari Tawau jumaat hari tu untuk kursus di KK.
Dia sakit leher, lepas kelas spinning di Tawau baru baru ni, jadi aku bawak di pergi massage.
Kami ke Attiya, sebab situ tempat dia proper dan harga pon boleh tahan juga.
Lepas massage, kami terus ke Imago pula sebab dia nak survey phone.
Tak survey pon, dia terus beli haha.
Beli Iphone 15 Pro di Switch Imago.
Lepas dah settle urusan beli phone, tukar screen protector dan cari new casing baru lah sempat nak makan.
Masa ni dah nak dekat pukul 10 malam, jadi aku ajak dia makan di area Aeropod je sebab tak lama lagi mall nak tutup dah. Baik keluar awal sebelum stuck dalam jem nanti.
Mulanya nak ke Daily Coffee sebab dia tutup 12 tengah malam, tapi tak jadi.
Kami makan di Richiamo Coffee je, sebab aku tak pernah makan lagi di sini. Dia tutup pukul 11 malam, sempat lagi.
Sebab dah malam, tak banyak menu yang ada, tapi nasib baik masih ada menu nasi je. Fuhh. Dah la tengah kelaparan masa ni. Masa massage tadi pun perut dah berbunyi kelaparan.
Aku dan Wahid order benda yang sama,
Daging Masak Lemak Cili Padi
Sedap juga la. Boleh repeat lagi nanti.
Salam.
Malam tadi aku oncall, tapi balik lambat dari hospital sebab ada kerja nak kena siapkan dan tunggu kawan aku juga.
Jadi malam tadi kami late dinner di Upperstar. Takde la lambat sangat sebenarnya, tapi kalau ikut waktu makan aku memang dah lambat la, pukul 9 malam baru makan.
Terasa penat sangat dengan oncall semalam. Jadi malam tu banyak kami order makanan. Tapi aku sempat ambil 2 gambar ni je la.
Aku makan di sana dengan Pini & Fathin.
Aku order chicken chop
deep fried chicken wing ni kami kongsi
Memang kenyang juga la semalam, banyak betul makan.
Dan minggu ni baru 2 hari pergi hiking, lepas tu takde mood dah nak pergi.
Maybe sebab hiking partners aku cuti, jadi aku pon tak ada mood juga nak pergi.