Pengalaman menerima Dos Pertama Covid-19 Vaksin

 

Salam.

Hari tu aku ada post mengenai Vaksin Covid-19 yang akan diterima tak lama lagi --> SINI.


Alhamdulillah, 11 Mac 2021 hari tu dah selamat terima vaksin Covid -19 dos yang pertama. Semuanya 2 dos ya.


Pengalaman menerima Dos Pertama Covid-19 Vaksin 


10 Mac 2021 hari aku oncall. Seperti biasa, hari esoknya memang akan penat dan mengantuk lah. Itu normal, sebab kalau oncall tu maksudya ko bekerja 24jam hari tu.

Ada rezeki dapat lah tidur (good call orang cakap), tapi kalau 'jonah' tak dapat lah ko tidur langsung malam tu.

Tapi kalau tak busy pon, masih tak dapat tidur dengan lena jugak. Sebab dah mindset oncall kan. Kena standby 24 jam.


Alhamdulillah, malam tu aku dapat juga la tidur 3 jam tanpa diganggu. 

Jadi esoknya tu macam tak sabar nak dapat vaksin Covid-19 dos yang pertama ni.

Nak cakap nervous tu, tak adalah nervous. Macam tak rasa apa-apa sangat. Sebab dah biasa kena vaksin sebelum ni macam vaksin influenza tu. Jadi rasa biasa je. Lagipun penat tu dan mengantuk tu ada juga, jadi kurang perasaan nervous.

Hari tu jam 8pagi, aku dan 2 orang kawan sekerja aku keluar awal daripada morning meeting. sebab kami kena ada di tempat vaksin 15 minit lebih awal.

Kena daftar, isi consent form untuk menerima vaksin. Kemudian kena key in beberapa details di apps Mysejahtera juga.

Lepas tu, kena jumpa dengan Dr dulu, untuk sign consent form tu dan juga jika ada sebarang pertanyaan mengenai vaksin ni.

Aku kejap je part ni, malas nak tanya banyak, sebab tahu Dr yang incharge part ni kena ulang benda yang sama sebanyak 150+ kali (lebih kurang 150+ staff yang divaksin setiap hari).

Lepas tu tunggu giliran untuk kena vaksin. Staff yang incharge vaksin covid-19 di hospital aku ni diambil daripada jabatan aku, jadi memang kenal lah semua orang.

Diorang siap mintak phone lagi nak ambil gambar dan rekod proses menerima vaksin ni. Comel.


Saat menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19


Bagi aku, bila vaksin kena cucuk dekat bahu aku, aku tak rasa sakit langsung. Cuma rasa macam sakit sikit bila jarum dicucuk je. Bila vaksin di-inject, aku tak rasa sakit langsung.

Selepas vaksin, kena rehat selama 15 minit di zon pemerhatian dulu. In case ada allergic reaction (reaksi alahan) ke, side effect (kesan sampingan) ke.

Kalau yang ada sejarah alahan, kena tunggu lama sikit, lebih kurang 30minit.

Time menunggu ni aku dah start rasa mengantuk (tapi aku rasa ni sebab postcall effect). Dah siap vaksin, aku singgah makan dulu sebelum balik tidur.

Bangun tu, rasa lenguh sikit dekat tempat kena cucuk vaksin tu. Tak rasa kesan sampingan lain. Sakit badan ke, muntah ke. Takde, Alhamdulillah. Badan aku dapat menerima vaksin ni dengan baik.



Kad Vaksinasi Covid-19



HARI KEDUA

Hari bekerja macam biasa. Pagi tu rasa okay, macam biasa je. Cuma lenguh dan sakit di tempat vaksin tu lagi bertambah dari hari sebelumnya.

Sampai tengahari, aku rasa badan aku sangat penat dan seram sejuk. Nak balik rehat, tapi tak boleh sebab tengah kerja dan team ko tak cukup orang. Gagahkan juga la buat round, discharge patient dan lain-lain.

Lepas waktu kerja, rasa bagus sikit. Dah tak ada rasa penat tu. Cuma ada rasa penat bekerja dan happy sebab TGIF!

Balik tu aku siap pergi Imago kejap dan makan dekat luar sebelum balik rumah. 

Alhamdulillah, lengan tempat kena cucuk vaksin tu dah tak sakit!


HARI KETIGA

Dah tak rasa sakit langsung lengan. Rasa macam biasa je.




Ok, next dose ataupun dos kedua aku akan terima pada 1 April 2021.



Aku cuma alami  painchills (seram sejuk) setakat hari tu.


Dengar kata, side effect dia lagi tinggi dari dos pertama. Semoga dipermudahkan insyaAllah.






You Might Also Like

14 comments

  1. Alhamdulillah, takde side effect yang teruk. Mostly baca side effect cakap sakit kat tempat kena cucuk je then sakit kepala sikit. Semoga dipermudahkan next cucuk vaksin! :)

    BalasPadam
  2. wah alhamdulilah best nya dah dapat vaksin...
    pernah gak dulu2 kena cucuk, tangan rasa lenguh...
    harap2 yg cucuk vaksin ni pun xde la teruk sangat kesan nya..
    eee kita pun x sabar nak tunggu giliran...

    BalasPadam
  3. kesan samppingan dia tak terus sngt.. ok la kan.. still boleh tahan

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Syu okay dengan vaksin tu. kita pun debar nak menunggu giliran. tapi macam lambat lagi untuk orang awam ni.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, dah selesai dos pertama. Moga dipermudah untuk sesi dos kedua ��

    BalasPadam
  6. alhamdulillah semuanya berjalan lancar semoga doskedua pun xde sgt side effect nya

    BalasPadam
  7. Tahniah, dah vaksin. Semoga terus sihat, aminnn :)

    BalasPadam
  8. ahdoii sakit tu kene cucuk jarum tuuh

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah & tahniah dah vaksin. Moga dipermudahkan untuk dos kedua pula nanti.

    BalasPadam
  10. wah! bestnyaaaa da dpt vaksin. sy dah tak sabar nii nk dpt vaksin nii. hehe

    BalasPadam
  11. alhamdulillah! semoga esok baik baik saja hehe 🤍

    BalasPadam
  12. how do you feel today dear? doa kan semua baik2 yea

    BalasPadam
    Balasan
    1. yesterday after the 2nd dose still okay. but i had fever and lethargic since last night till now. hopefully will be okay by tomorrow.
      Thanks for asking ^^

      Padam