Tak sabar nak dapat Vaksin Covid-19

 

Salam.

Korang semua dah daftar ke untuk Vaksin  Covid-19 di MySejahtera apps?

Kalau belum, cepatlah daftar.

Aku pon dah daftar dan insyaAllah akan dapat vaksin Covid-19 pada minggu hadapan.

Rasa macam tak sabar, tapi nervous pon ada jugak. Nervous bukan sebab takut vaksin, tapi sebab dah lama tak ambil vaksin. hehe


InsyaAllah akan dapat dos pertama pada 11/3/2021 (khamis).


Ada kawan aku yang dah dapat. So far, semuanya cakap okay. Cuma ada sakit dan lenguh sedikit di bahu tempat yang divaksin.

Ada yang macam mengantuk sikit, tapi so far tak ada la pula dengar kesan sampingan yang teruk.




Oh ya, kenapa aku dapat awal? 

sebab aku adalah staff KKM. Tak ada lah frontiners yang jaga case Covid-19, tapi tetap merawat pesakit lain. 
Kadang-kadang kena kuarantine disebabkan ada kontak rapat ketika merawat pesakit dan dah tak terkira berapa kali kena ambil 'nasopharyngeal swab', tak kisah lah RTK Ag ke PCR.

eh tetiba lari topik.. haha...


ok, itu je yang nak share hari ni. Sape yang belum daftar, cepat lah mendaftar ya.

 
Bye!

You Might Also Like

10 comments

  1. waaa, thank you frontliners... :)

    BalasPadam
  2. uwuuu, kita asyik lupa je nak daftarr

    BalasPadam
  3. alhamdulilah dah juga daftar ehhee... agak2 bila nak kena cucuk ni hehhe

    BalasPadam
  4. Semua dipermudahkan segalanya Syu :) Kita orang awam, kena tunggu giliran je ni. Harap harap semuanya baik baik je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak fizah. insyaAllah. semoga org awam pon cpt dapat vaksin juga.

      Padam
  5. Dah daftar :) Macam mana dah vaksin? Boleh la cerita pengalaman sikit, sementara kami tunggu turn ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah sbb dah daftar, tinggal tunggu giliran je lg.
      Alhamdulillah, so far okay. nnti syu update di blog ya.

      Padam