Raya ke 3 - Nasi Kandar Yasmeen

 

Salam.

 Sambungan daripada entri ni  Raya ke 3 - Pak Lang Bihun Sup Jitra.

Perjalanan balik dari Jitra ke rumah aku di Bukit Mertajam memakan masa lebih 5 jam.

Ingatkan tak jem sangat bila lalu jalan kampung/lama. Tapi, sama jugak. Ada beberapa kali jem yang kami ke hadap. Jadi jenuh juga la dok cari jalan yang rasanya tak jem.

Jadinya, dah nak dekat sampai rumah, perut pon dah lapar semula.

Aku pon cadangkan nak makan nasi kandar. Alang-alang nak makan, cari nasi kandar je la. Nanti balik Sabah, rindu nak makan nasi kandar pula.

Aku sebenarnya pon tak tahu sejak bila nasi kandar ni jadi favourite aku, rasanya sejak Covid melanda kot. Tak dapat nak balik Penang, jadi banyak makanan yang teringin nak makan. Antaranya, nasi kandar la. Susah nak cari yang sedap dekat KK Sabah ni.

Padahal selama aku menetap di Penang, jarang sangat nak makan nasi kandar. Kedai nasi kandar ni merata-rata di Penang. Cuma sedap atau kurang sedap aje lah ya.


Bila aku dah selalu makan nasi kandar ni, ayah aku pon suka pula makan nasi kandar.


Nasi kandar Yasmeen


Kali ni nak cuba Nasi kandar Yasmeen. Nampak ada orang share di facebook group Nasi Kandaq Hunters baru-baru ni.

Mulanya, aku nak beli guna grabfood je, sebab malas nak beratur.

Tapi, pilihan tak banyak. Terpaksa lah beli di kedai dia juga.



Masa kami sampai, ada juga orang tengah beratur, tapi tak ramai sangat la.


Masa ni dah malam, jadi tak banyak dah lauk yang tinggal. Jadi kami ambil yang mana ada je.



Pilihan aku, mestilah ayam goreng. Nak ambil telur sotong, tapi dah habis.

Aku ambil telur goreng dengan bendi je.



Total hangus malam tu.

Yang rm20+ tu ayah aku punya. Dia ambil daging kicap, sotong seekor dan telur masin.

Sedap daging dia, lembut elok. Kuah pon sedap.


Sebelum balik ke KK, aku pergi beli nasi kandar di sini lagi sekali. 

Masa ni, lagi ramai beratur, sampai di luar kedai. 



Oh ya, ada banyak cawangan, aku beli di cawangan sini.

Nasi kandar Yasmeen

Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Penang






You Might Also Like

2 comments

  1. Salam. Saya kalau ke Sg Petani mmg akan singgah nasi kandar yasmeen. Ntah la kena kat tekak especially ayam madu dan telur sotong..

    BalasPadam
  2. Rindu nasi kandar Penang. Kalau di KL ni kureng sikit

    BalasPadam