Raya ke 3 - Pak Lang Bihun Sup Jitra

 


Salam.

Cerita hari raya ketiga. Raya pertama dan kedua kita skip dulu. Kalau rajin aku buat entri.

Hari raya ke-3 ni tak beraya dah, tapi food hunting pula.

Kami ke Jitra untuk makan bihun sup di kedai Pak Lang Bihun Sup Jitra.

Ayah aku pernah tengok rancangan makan-makan di TV, mereka datang makan di sini. Tak sure la aku ape tajuk rancangan tu.


Kami bergerak ke Jitra lebih kurang pukul 11 pagi lebih dari Penang.

Sampai di sana dalam pukul 2 petang. Kami guna highway. on the way ke sana ada jem sikit-sikit la. Tapi laluan bertentangan nampak lagi jem teruk.




Pak Lang Bihun Sup Jitra


Jalan nak ke kedai ni tak susah sangat, tapi kena ikut jalan belakang. Sebab kedai dia agak dalam juga, bukan di tepi jalan.

Parking senang nak dapat, ada banyak.

Masa kami sampai ni, ramai juga la orang tengah makan. Yang bungkus makanan pon ramai juga.




Kami pesan bihun sup, mee sup dan nasi ayam.

Selain tu, ada mee kari dan laksa juga.




Ayah aku order ABC/ ais kacang juga, lama tak makan.




Mak aku order cendol biasa. 


Kami rasa-rasa sorang sikit je, sebab tak habis kalau nak makan sorang satu.


Lama juga nak tunggu pesanan siap, sebab ramai sangat orang. Lebih kurang 20minit, baru makanan sampai. Nasib baik ABC dan cendol sampai dulu, jadi boleh isi perut dengan tu dulu.


Bihun sup ayam


Overall, sedap juga. Tapi nak datang lagi tu, tak tau bila. Jauh betul mencari bihun sup. Asalkan dah dapat merasa, ok dah.


Masa nak balik, kami pilih untuk guna jalan lama/ kampung untuk elak jem. Last-last ada jem juga. Stuck la beberapa kali dalam jem, dan perjalanan balik dari Jitra ke rumah aku lebih kurang 5 jam.

Singgah beli jagung cawan, jagung dan kuih muih semasa melalui jalan di Gurun, Kedah.




You Might Also Like

5 comments

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Syu sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  2. cerita psl raya mmg pjg tahun ni.. sbb raya sakan.. hihik..
    menyelerakan betul la nmpk bihun sup tu!

    BalasPadam
  3. Jauh btul dia cr bihun sup ye hehehe... Slmt hari raya syu

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Syu
    Jauh juga mencari bihun sup tu.
    Balik Jitra nanti boleh pi cari.
    Hari tu makan di Bihun Sup Pakcik ja, jalan nak ke Kodiang.
    Lain kali kita cari Paklang pulak :D

    BalasPadam
  5. Menarik ni. Bihun sup utara memang sedap

    BalasPadam