Raya Pertama - Jalan - jalan ke rumah saudara + minum Zus Coffee

 

Salam.

Ni cerita hari raya pertama pula. Dah nak habis raya baru nak tulis entri haha.



kena ada satu gambar baru raya pertama. 


Rumah pertama yang aku pergi mesti lah rumah sebelah (rumah nenek sebelah mak), lepas tu rumah saudara yang bersebelahan juga.


gambar family. mak tak nak ambil gambar, tapi kena paksa juga. sebab bukan selalu nak ambil gambar berlima.


Rumah ke-2 yang pergi adalah rumah mak ngah sekeluarga. Di rumah tok (nenek) makan kuih muih je dulu. Bila ke rumah mak ngah, ada nasi beriani.




Apalagi, terus la makan kan. Dah lama tak makan nasi beriani dengan ayam masak merah. Nasi impit dan rendang daging. sedap semuanya!

tapi sebelum makan tu dah siap salam, bagi duit raya siap-siap. Baru lah makan kan.

Lepas tu, ke rumah nenek saudara dan ke rumah mak cik sebelah ayah aku pula. Semua rumah dekat-dekat je. Tak sampai 5 minit pun.


Petang tu ingatkan nak stay di rumah je sambil tunggu tetamu datang. Tapi akak aku ajak pergi beraya di rumah kawan dia di Kedah pula. Aku pon ok la, teman aje lah. Jauh juga, 1 jam lebih. nanti akak aku drive sorang-sorang bosan pula dia.





On the way balik tu, tiba-tiba rasa nak minum Zus Coffee, dah lama tak minum kan. Dekat Sabah belum ada Zus Coffee lagi. 
bila balik Penang je lah boleh minum.

Buka apps Zus Coffee dan order untuk pick up. 
Jalan dia sehala dengan jalan balik ke rumah, jadi senang terus pick je sebelum balik.



Muka excited nak minum Zus Coffee.




You Might Also Like

6 comments

  1. Selamat hari raya...
    Dap tu..zus coffee... 😍

    BalasPadam
  2. Naniey pun kalau order Zuz Coffee, order thru app je. Lepas tu datang pick up. Lagi mudah dan cepat.

    BalasPadam
  3. yum yum edapnya makanan raya.selamat hariraya maaf zahir batin

    BalasPadam
  4. Sedapnya nasi himpit makan dengan rendang dan kuah kacang.

    BalasPadam
  5. nampak sedap ayam masak merah tu. ceria betul muka dapat kopi.

    BalasPadam