Beli Sambal Nyet Khairul Aming lagi

 

Salam.

Minggu lepas aku beli Sambal Nyet Berapi daripada Khairul Aming di Shopee lagi.

Kali terakhir aku beli beberapa bulan yang lepas.





Stok sambal aku dalam peti dah nak habis, jadi memang kena restock siap-siap la. Hantu sambal kan. Memang kena pastikan stok sambal sentiasa ada.

Aku nak beli 1 je. Tapi aku tanya Pini dan Ruru setiap kali nak beli. Sebab boleh la jimat postage RM2.

Kalau beli 1 botol je, postage RM10 ke Sabah ni.

Kalau beli 4 botol, postage RM18. Ok laa. Nak buat macam mana kan, postage ke Sabah sangat mahal. 



3 hari lepas order, Sambal Nyet pun sampai. Macam biasa, sampai dalam keadaan yang selamat.

Tebal betul bubble wrap Sambal Nyet ni.

memang bagus.



1 untuk aku. Lagi 3 botol kawan aku punya.



You Might Also Like

2 comments

  1. memang laku keras khairul ming ni.. tak pernah beli lg

    BalasPadam
  2. Aduh.. comel betul dia punya ayat tu.. hehehe..
    Tak pernah cuba lagi sambal nyet nie..

    BalasPadam