Salam.
Ni cerita bulan lepas, baru ada mood nak update sekarang haha.
Akhirnya dapat juga aku ke Umea Glamping, Kundasang. Plan nak ke sini dah lama, tapi tak sampai-sampai.
Umea Glamping, Kundasang
Aku ke sana dengan 4 orang kawan aku yang lain pada 26-27 June 2022 yang lepas. Plan nak ke sini dah lama, akhirnya tertunai juga.
Aku book tempat ni sebulan sebelum tarikh, sebab kalau book last minute, memang selalu full.
Aku nak ambil tarikh weekend kan, jadi kena book awal. Aku book terus 2 tent, sebab ada geng lelaki dan perempuan kan.
Di sana ada 4 dome, jadi kami je dah book 2 dome. Kami ambil Narvik dan Gallivare, depan dan belakang. Gallivare besar sikit, boleh muat 4 orang dalam satu masa. Sebab kami 3 orang je perempuan, lagi la muat 1dome tu.
Lagi 1 dome, Narvik geng lelaki yang duduk. 2 orang je, memang muat sangat khemah tu.
Harga untuk 2 buah dome ni RM530. Gallivare rm280 dan Narvik Rm250. Kena book dekat website dia dan terus bayar.
Boleh cancel in case tak jadi pergi, tapi kena inform awal, tak salah aku 2 minggu sebelum tarikh booking.
Check in time pukul 2pm dan check out pula 11am. Ingatkan check out pukul 12pm, so rush sikit la kami time check out hari tu. Kalau lewat sikit je, deposit tak akan dipulangkan.
Deposit RM50 untuk setiap dome.
Kami gerak dari KK dalam 9 pagi, tunggu kawan aku yang postcall pagi tu. Dia lambat sikit.
Kami semua belum breakfast, jadi kami berhenti makan di Bandar Sierra. Aku teringat pernah makan nasi lemak semenanjung di situ dulu, tapi tak sure masih ada ke tak. Kali pertama dan terakhir makan macam tahun 2018 ke 2019 dulu, sebelum Covid la yang pasti.
Alhamdulillah, kedai tu masih buka, Nasi Lemak Kukus King.
Kami pun pilih la lauk yang nak dimakan.
aku ambil ayam goreng dan telur mata. sambal kerang tak ada.
Kalau tak, mesti 3 lauk aku ambil haha.
Dah siap makan, teruskan perjalanan melalui Tamparuli -> Pekan Nabalu --> Kundasang.
Sampai di Pekan Kundasang, semua orang pon perut masih kenyang, penangan nasi lemak pagi tadi (brunch la sebenarnya).
Kami decide untuk tapau je makanan siap-siap.
Singgah beli sayap ayam Pak Ali kalau tak salah nama dia, pergi Bataras beli barang untuk steamboat malam nanti.
Dah sampai Bataras Kundasang, beli juga la takoyaki, milk tea, kaya ball yang dijual di situ.
Kemudian teruskan perjalanan ke arah Mesilau dan akhirnya sampai ke Umea Glamping.
Mula-mula kami terlajak sikit, terlepas simpang nak masuk ke sana.
Sebenarnya Umea Glamping ni tepi jalan je. Park kereta tepi jalan, lepas tu jalan masuk sikit ke sana.
Perut dah lapar balik, kami keluarkan makanan yang ditapau dan makan.
Lepas makan, masing-masing buat kerja sendiri dan tidur.
Sempat lagi ambil gambar A&W sebelum tidur sekejap haha.
Oh ya, situ ada peti ais di bahagian reception. Boleh simpan barang dekat situ.
Bangun dalam pukul 5 lebih, prepare untuk buat steamboat pula.
ready for steamboat!
Kenyang makan steamboat malam tu.
Cuma Umea Glamping tak nampak pemandangan Gunung Kinabalu la. Gunung Kinabalu dekat bahagian belakang. Dekat area Golf Resort.
Tapi tak pe, kami ke Sosodikon Hill pagi besok nya untuk tengok Gunung Kinabalu.
Oh ya, gambar setiap dome aku update next entri ya.
Bye!
Salam.
Ni kisah awal bulan ni. Satu hari tu, tiba-tiba teringin nak makan ayam goreng korea.
Sebelum ni pernah beli di Chicken Factory, banyak kali beli situ.
Portion dekat kedai tu agak besar dan harga mahal sikit. Hari tu nak makan sikit je, nak hilangkan craving je, biasa la selalu tengok drama korea.
Kalau ada scene makan, mesti akan teringin nak makan makanan yang mereka makan dalam scene tu contohnya ramyun korea, bibimbap, kimchi jjigae, jjangmyun dan banyak lagi la.
Makan ayam goreng korea ni salah satu scene yang selalu ditayangkan dalam drama -drama korea.
Hari ni masa tengah tengok drama korean Why Her, muncul lagi scene makan ayam goreng korea. Apa lagi, terus aku buka grabfood cari kedai mana yang best.
Teringat yang aku pernah cuba korean fried chicken di restoran Mukbang, beli melalui grabfood delivery.
Ada 2 cawangan Mukbang di KK ni, 1 di Tanjung Aru, antara tempat melihat sunset yang cantik di KK dan 1 lagi di Centre Point.
Ni la yang aku beli hari tu.
Mixed set (4 ketul soy sauce + 4 ketul spicy).
Nampak gambar macam tak menarik, tapi sedap tau.
Aku lagi suka yang spicy sebab tak muak. Soy sauce tu manis-manis sikit, jadi cepat muak kalau makan banyak.
Aku tengah dilema, nak order ayam goreng korea di Chicken Factory ke Mukbang?
Salam.
Hari isnin hari tu tiba-tiba rasa teringin nak makan makanan korea bibimbap.
Ada daging korban mak aku bungkus untuk aku hari tu, dah siap rebus separuh masak.
Jadi balik je kerja hari isnin hari tu (walaupun sampai rumah dah nak dekat 7 malam), gigih juga aku ke dapur untuk buat bibimbap. Sebenarnya mudah sangat, sebab ada ada paste. Aku beli dekat shopee - MariMogo.
Aku cuma tinggal potong carrot dan celur, dengan celur bayam je. Cendawan dengan timun tak ada, jadi aku skip je tu.
Daging rebus yang ada tu aku hiris nipis & masak sikit lagi, letak sikit kicap manis, sesame oil dengan black pepper.
Tapi sebelum tu, aku masak nasi dulu la. Aku guna beras korea (calrose rice) yang dibeli sebelum ni dekat shopee - MariMogo juga. Memang aku pelanggan setia MariMogo tau.
Dah siap semua, tinggal goreng telur mata je. Sedia untuk dimakan.
Aku susun semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk stainless steel korea dulu.
Kimchi pon aku guna stir fried kimchi dari MariMogo.
Lepas dah ambil gambar, baru gaul-gaul.
Hasilnya sebelum dimakan.
Sebab buat sendiri & tengah lapar kan, aku rasa sangat sedap haha.
Malam ni rasa macam nak buat sundubu jjigae pula.
Bye!
Salam.
Antara makanan yang nak dimakan semasa cuti raya haji ni semestinya durian!
Musim durian dah masuk sejak beberapa bulan lepas lagi.
Terus teringin nak makan. Alang-alang nak balik raya haji ni, mestilah kena makan durian juga.
Aku dah bagitau mak ayah aku siap-siap, nanti balik aku nak makan durian.
Dekat KK macam tak banyak je durian, tu yang kena balik Penang juga untuk makan durian ni.
Aku tak makan banyak sangat pon durian, sekadar nak rasa je. Asalkan dapat sekali je dah cukup.
Ayah aku balik kerja sehari sebelum raya haji baru-baru ni (hari sabtu lepas la senang cerita), dia belikan 2 plastik besar buah durian.
Durian kampung dan juga durian kahwin.
Harga 2 plastik tu kalau tak salah aku, tak sampai RM100 pun.
durian kahwin
Tak berapa manis sangat, tapi jadi lah..
Jom makan..
Salam.
Ni kisah semalam. Asal balik Penang je, mesti aku dan akak aku akan cari makanan yang best untuk dicuba.
Dim Sum ni antara makanan kegemaran akak aku. Sebelum ni dah pernah makan di Ipoh & Bayan Lepas.
Baru-baru ni pula ada ternampak di facebook diorang buka cawangan baru dekat Butterworth, Penang.
Itu yang nak cuba di branch sini pula.
Kalau ikutkan, Canning Dim Sum Express di Butterworth & Bayan Lepas ni, jarak dia sama je dari rumah aku. Bezanya, kalau nak ke cawangan Canning Dim Sum Express di Bayan Lepas, kena naik Jambatan Pulau Pinang.
Lagi pon tak pernah cuba makan di cawangan Butterworth ni, jadi ke sana je la kali ni.
Canning Dim Sum Express Raja Uda ni agak kecil berbanding di Bayan Lepas.
Masa kami datang ni tak berapa ramai lagi pelanggan. Tak lama kemudian, ramai orang datang.
Ada 1 family yang besar ni, masuk dan keluar balik sebab tak cukup tempat (tempat cukup je bila gabung meja, tapi maybe tak selesa kot).
Macam biasa, tengok menu dan tulis order.
Aku order dimsum favourite aku je, kang nanti order yang jarang/ tak biasa makan tak sedap pula.
Beancurd Skin Prawn
Antara dim sum yang wajib order di sini.
Aku cuba Zha Jiang Mien.
Tapi kecewa sebab tak seperti di dalam gambar menu.
Nak tunggu makanan siap lebih kurang 10 minit juga la.
Bila 1 makanan sampai je, terus makan sebab tak breakfast lagi pagi tu.
Fried Radish Cake yang sampai dulu.
Start makan ni dulu slow-slow sambil tunggu order lain sampai.
Grilled dumpling (biasa je) & Smoke duck roll (antara yang wajib order bila datang sini)
Oh ya, ni la robot yang hantar makanan kami.
Char Kuey Teow
Ni order tambahan, jadi menu terakhir yang sampai.
Rasa dia ok-ok je, maybe sebab dah kenyang time ni.
Total hangus - termasuk dengan takeaway.
Aku & kakak aku
Muka happy dapat makan.
Bye!
Salam.
Sambungan daripada cerita cari lemang sehari sebelum raya haji hari tu.
Banyak kedai makanan campur tak buka, last-last decide order grabfood Nasi kandar Yasmeen je.
Nak drive ke sana dari tempat hari tu dalam 30 minit, lepas tu kena beratur pula. Baik beli guna grabfood delivery je.
Pejam mata bayar delivery fee RM6.
Bukan selalu pon. haha