Salam.
Hari ni baru ada masa nak update pasal trip bulan lepas. Harap-harap rajin la update lagi lepas ni.
25 Jan 2023 (Rabu), balik dari kerja, terus ke KKIA. Barang semua dah siap packing malam sebelum tu. Packing tu jadi kejap je kalau dah ada idea barang apa yang nak dibawa. Aku rasa aku cuma ambil masa dalam 10-15 minit je untuk packing, sebab dah tulis siap-siap barang yang nak bawa.
Kami ke Bali selama 6 hari 5 malam, jadi banyak juga la barang yang nak kena bawa.
Aku naik grab je dari rumah untuk ke KKIA. Nasib baik la tak berapa jam sangat jalan ke airport.
Flight dari KK ke KL sepatutnya pada pukul 6.55pm (tapi lewat 10 minit) jadi sampai di KLIA 2 pada pukul 9.35pm.
Kawan kami dari Pahang dah sampai awal dulu di KLIA 2. Kami jumpa di airport je.
Fligh kami mendarat di gate yang jauh. Jadi terpaksa la berjalan jauh untuk keluar dari situ. Perut dah lapar betul masa ni, plan nak makan di KLIA 2 je.
Tapi sebelum makan, kami check in Aerotel KLIA 2 dulu. Malas nak keluar cari hotel di luar. Senang stay di Aerotel je. Lagipun dah banyak kali stay dekat sini. Memang selesa. Cuma harga dia mahal sikit la.
Aku book di Trip.com dapat RM 305/ night.
Yang penting sebelum book buka Shopback.com dulu untuk dapatkan cashback.
Siap check in di Aerotel, perut pon dah sangat sangat lapar. Kami makan di Old Town White Coffee berhampiran balai berlepas tu. Nasib baik buka 24 jam.
Risau juga fikir nanti nak makan dekat mana kalau sampai lambat di KLIA2.
Aku makan Hainanese Chicken Chop Rice.
Memang kenyang terus.
Balik bilik, solat dan tidur. Esok akan naik flight untuk ke Bali. Tak sabar!
Salam.
Hujung bulan Januari 2023 yang lepas, aku ke Bali bersama 3 orang kawan aku selama 6 hari 5 malam.
Dapat juga ke Bali setelah 3 tahun pandemik Covid-19. Mulanya nak ke Bali pada Mac 2020 yang lepas, tapi terpaksa cancel kerana Covid-19 lah. Boss aku memang tak bagi pergi, dan ada hikmah juga la tak pergi masa tu. Kalau pergi juga, maybe jadi orang terawal yang kena Covid-19.
Kami ke sana agak lama, 6 hari dan 5 malam.
Tapi tak banyak tempat yang kami cover sebab cuaca yang agak kurang bagus. Hari pertama sampai di Bali pun dah hujan. Pak supir cakap dah 2 minggu tak hujan, tiba-tiba hari kami sampai tu hujan pula.
Di bawah aku share itinerari kami sepanjang di sana.
Travelog Bali Jan 2023 (26 - 31 Jan 2023)
Day 1 (26 Jan 2023)
Flight dari KLIA2 ke Bali (Ngurah Rai International Airport)
Ke Nusa Penida
Day 2 (27 Jan 2023)
Jalan - jalan di Nusa Penuda
-Rumah Pohon
-Diamond Beach
-Kelingking Beach
Day 3 (28 Jan 2023)
Dari Nusa Penuda ke Tanah Lot
Check in The Saren, Tanah Lot
Cafe hopping
Day 4 (29 Jan 2023)
Ke Ubud - naik swing
Kintamani
Cafe hopping
Day 5 (30 Jan 2023)
Jalan-jalan di Kuta, beli souvenir
Cafe hopping
Day 6 (31 Jan 2023)
Flight balik ke KL, KL-KK
Salam.
Dah masuk Februari dah, cepat betul masa berlalu.
Hari ni baru dapat buka blog sekejap setelah menyepi selama hampir seminggu.
Baru je balik dari travel pertama tahun ni.
Sampai rumah pun dah malam, lepas tu terus tidur. Hari ni dah start kerja, tapi passive pula (sampai at least pukul 9 malam).
Barang tak sempat unpacking lagi. Tapi tak pe lah, weekend nanti kan ada.
Sebab dah seminggu lebih tak makan nasi lemak kan, tiba-tiba rasa nak makan pagi tadi.
jadi scroll la grabfood, dan cari kedai yang ada di sini.
Antaranya Restoran Kak Cik Kelate, nampak review macam best. Ni la masanya nak cuba kan.
Aku beli nasi lemak + ayam goreng berempah + telur mata.
Sambal dia sedap juga, tak manis dan tak pedas sangat.
Boleh la order lagi nanti..
Salam.
Dah lama tak update blog. Minggu ni sangat busy. Nak tengok movie/ drama pun tak sempat.
Kalau tak oncall, aku akan passive. Sampai rumah pon dah nak dekat pukul 10 malam. Mandi, lepas tu terus tidur. Nak tengok movie/ drama pun tak larat sebab esok nya akan kerja lagi.
Weekend ni ada sehari cuti, nanti baru nak tengok movie/ drama dan blogwalking juga.
Weekend lepas aku ke KL, nanti kalau rajin akan buat entri. hehe
Hari rabu lepas ada CME, dapat lunch.
Kenny Rogers Roasters
Ada grill chicken, potatoes dan salad.
Sedap juga la, lama dah tak makan Kenny Rogers. Rasanya kali terakhir makan 5-6 tahun lepas.
Aku prefer Nandos lagi.
Salam.
Akhirnya aku buat keputusan untuk terminate ASB loan aku yang diambil sejak tahun 2019.
Dah beberapa bulan dah fikir nak terminate ASB loan ni, tapi tunggu dividen ASB 2022 keluar dulu.
Kenapa tiba-tiba nak terminate ASB Loan ni?
-OPR makin naik, dividen makin turun.
Walaupun baru 2 tahun lebih guna ASB loan ni, tak sanggup dah nak tunggu lama lagi.
Sebab makin bertambah pula bayaran setiap bulan. Jadi, alang-alang dah awal tahun 2023 ni, aku terminate je la.
Lagi satu, sebab aku dah ada loan lain nak kena bayar. Jadi baik aku kurangkan liabiliti lain yang tak penting.
Kalau rasa nak menyimpan di ASB, aku masukkan aje lah bila-bila aku nak.
Sebab aku buat ASB Loan ni pun sebenarnya nak melatih diri untuk menyimpan setiap bulan.
Maklumlah, masa awal kerja dulu memang boros betul. Asyik membeli je dan travel sana sini.
Sekarang dah tahun 2023, salah satu azam aku nak kena uruskan kewangan dengan betul.
Cara Terminate ASB Loan - tahun 2023
Sebelum ke bank, aku google dulu.
Rupanya senang sangat. Bawak diri dan IC je ke cawangan bank ASB loan korang tu.
Jumpa dengan banker, dia akan check loan korang.
Lepas tu isi 2 borang - 1 insurans dan 1 lagi borang surrender loan ke
Lepas tu scan ibu jari kanan.
Siap!
Tak sampai 15 minit dah siap.
gambar takde kaitan haha
Salam.
Korang pernah dengar tak pasal app Shopback ni? Aku ada cerita mengenai Shopback ni dalam beberapa entri aku yang lepas.
Ni dah kali ke 9 aku cashout daripada akaun Shopback aku. Setakat ni dah lebih RM2000 terkumpul dan aku dah cashout RM1000 ke atas dah.
Boleh guna duit cashout ni untuk shopping lagi, berbaloi sangat.
Kalau korang yang suka staycation tu, cepat-cepat lah download app ni. Boleh dapat berpuluh ringgit daripada 1 malam staycation. Kalau lagi banyak korang stay, lagi banyak la dapat.
Selain tu boleh guna di Shopee, Lazada dan foodpanda juga. Zalora, Sephora semua pun boleh juga. Cashback untuk Zalora & Sephora agak banyak juga la berbanding dengan Shopee & Lazada.
Sikit-sikit kumpul, lama lama boleh cashout juga.
Total cashback earns: RM 2, 258.08
Withdrawn: RM 1, 175.53
Sekejap je nak withdraw pun. Dalam minggu depan masuk la tu duit dalam bank.
Antara kawan-kawan aku yang dah join.
Kalau korang join, lepas tu ajak kawan korang. Korang pun akan dapat beberapa RM5 juga.
Kalau ada challenges, banyak lagi yang korang akan dapat. Hari tu pernah sekali refer 3 kawan, boleh dapat RM100.
Jom la daftar Shopback ni --> SINI
Oh ya, dia bukan app je tau, website pun ada.
Kalau daftar sekarang boleh dapat RM10 tau, bukan RM5 lagi.
happy shopping!