Salam.
Korang semua dah daftar ke untuk Vaksin Covid-19 di MySejahtera apps?
Kalau belum, cepatlah daftar.
Aku pon dah daftar dan insyaAllah akan dapat vaksin Covid-19 pada minggu hadapan.
Rasa macam tak sabar, tapi nervous pon ada jugak. Nervous bukan sebab takut vaksin, tapi sebab dah lama tak ambil vaksin. hehe
Salam.
Alhamdulillah, hadiah yang dipost blogger Syazni Rahim dah sampai! Kenapa dapat hadiah? Boleh tengok entri ni ya.
Hadiah dia sangat best tau!
Sebuah novel bertajuk Life Baggage tulisan penulis blog sendiri.
Excited nak buka parcel!
Lama betul tak baca novel. Kalau time sekolah & uni dulu, selalu juga baca novel kalau ada masa terluang. Best sangat. Macam masuk dunia lain.
Kata -kata daripada penulis. Terima kasih Syazni Rahim!
Jadi, bila dapat novel ni. Terus baca Kisah 1 pada malam hadiah diterima. Ingat nak sambung baca lagi. Tapi sebab esoknya aku oncall, tak boleh tidur lambat sangat.
Aku akan sambung bila ada masa terluang nanti.
Kalau korang pon peminat novel, jangan lupa untuk beli dan baca novel ni ya.
Recommended!
Salam.
2 hari lepas tiba-tiba teringin nak makan maggi kari. Biasanya masak biasa je. Letak air, maggi dengan telur je.
Tapi hari tu ada nampak dekat facebook orang share resipi pasal maggi kari tumis. Jadi aku try lah buat.
Bahan-bahan memang dah sedia ada dalam peti ais. Tinggal ambil keluar dan masak je.
dan sangatlah simple... tak sampai 10minit dah siap.
Maggi Kari Tumis Cili Padi simple
Bahan - bahan
Maggi Kari sebungkus
Telur sebiji
Cili padi 5-6 biji
Bawang putih 3 ulas
Cara Masak
1) Tumbuk kasar bawang putih & cili padi
2) Tumis kan bahan tumbuk tu dengan sedikit minyak. Masukkan air, dan perencah maggi kari.
3) Masukkan maggi dan sebiji telur. Siap!
Simple sangat kan. Dan yang paling best, pedas dia!
Selamat mencuba.
Salam.
Cerita hari ni.
Aku postcall, jadi balik kerja awal daripada biasa.
Petang pergi airport, hantar kawan kerja yang balik for good.
Cuaca pon okay petang tadi, jadi aku pon niat lah untuk pergi hiking.
Tempat biasa aku pergi hiking di KK ni adalah Bukit Padang. Sebab bukit ni paling dekat dari rumah aku. Tak sampai 10 minit je jarak dia.
Tapi bergantung pada waktu juga la. Kalau waktu balik kerja, memang akan 'jam' juga lah walaupun dekat je.
Bukit Padang la bukit yang biasa aku naik. Sebelum ni aku tak pernah hiking sorang-sorang. Sebab stamina tak bagus sangat kan, so kena ada peneman la biasanya, atau pun orang yang akan bagi semangat.
Tapi sejak Jan 2021 hari tu, aku dah pandai pergi sorang-sorang. Aku ikut 'pace' aku sendiri. Tak perlu rush. Yang penting sampai ke puncak.
Tadi petang, aku gerak sebelum pukul 5petang dari rumah aku. Kalau lambat seminit dua, haa sangkutlah dalam 'jam'. Biasa kalau hiking petang, tak boleh keluar lambat, sebab takut hari dah gelap masa dekat atas nanti. Nak turun, susah pulak tu.
Tadi aku pergi sorang je, sebab kawan-kawan busy. Aku beranikan diri la untuk naik Bukit Padang sorang-sorang sebab risau juga kalau pening ke kena asthma attack ke, tak ke naya.
Tapi macam biasa, sebelum buat aktiviti, aku akan pump dulu MDI Salbutamol aku.
Dulu pernah tak guna sebelum jogging, tiba-tiba tengah jogging tu semput. Haa. Tak ke diri sendiri yang susah tu.
wajib ambil gambar satu, bukti dah sampai ke puncak. hehe
Aku nak melalui trail 6 dan berjaya sampai ke puncak dalam masa kurang 30minit. Alhamdulillah. Tak semput kali ni sebab aku ikut pace sendiri.
Kalau pergi dengan orang lain, kadang-2 rasa bersalah juga sebab kena tunggu aku kan.
InsyaAllah, akan diteruskan hiking demi mencapai berat badan ideal !
Pemandangan dari Bukit Padang.