Azilah Mee Udang Pulau Sayak

 

Salam.

Hari kedua di Penang.

Kebetulan ayah aku cuti hari ni, jadi plan hari ni adalah untuk jalan-jalan cari makan. yeay!

Kami ke Pulau Sayak, Kedah untuk makan mee udang famous di sini.

Aku kurang sikit makan mee, jadi aku makan nasi. Yang penting ada udang segar, besar dan sedap.


Perjalanan dari rumah aku ke Pulau Sayak tak ada lah jauh sangat. Lebih kurang sejam perjalanan.

Kali ni kami cuba kedai mee udang lain pula iaitu --> Azilah Mee Udang Pulau Sayak.


sebelum ni pernah makan beberapa kali di Usop Mee Udang Pulau Sayak.



Azilah Mee Udang Pulau Sayak


Kedai makan ni sebelah laut je. Sementara tunggu order siap, aku ambil gambar laut dulu. Lama juga nak tunggu makanan siap. Lebih kurang setengah jam juga la. Nasib baik perut tak lapar sangat haha.




sempat lagi ambil gambar tepi laut 










sementara tunggu makanan sampai



Jadi, ini lah yang kami order di Azilah Mee Udang Pulau Sayak


Aku order Nasi Goreng Udang. Mak aku pon order makanan yang sama.

- rasa nasi goreng dia biasa-biasa je, tapi udang dia manis. udang baru kan.





Maggi Goreng Udang - akak aku

-Aku suka maggi goreng dia, cukup rasa.



Mee Udang Special (ada lebih udang, 2 ekor lebih) - ayah aku

-Aku rasa sedap juga mee udang dia. tapi ayah aku cakap kedai yang satu lagi, lagi sedap.


Total kami makan berempat RM68 termasuk minuman. Memang harga biasa di sana la.


Semua makanan tu kami tambah telur mata. hehe






You Might Also Like

3 comments

  1. Lama juga tu sampai 1/2 jam tunggu makanan siap.
    Tapi berbaloilah tunggu dapat hidangan sedap.

    BalasPadam
  2. Sedapnya dapat makan udang fresh. mi udang ke lauk udang ke confirm auto sedap bila guna udang fresh. Syok lagi makan tepi laut.

    BalasPadam
  3. Sedapnya dapat makan udang fresh. mi udang ke lauk udang ke confirm auto sedap bila guna udang fresh. Syok lagi makan tepi laut.

    BalasPadam