Ali Ayam Gepuk

 

Salam.

Ni cerita minggu lepas, hari rabu. Malam tu Fathin ajak makan lempeng di Restoran Joho Lama, Aeropod.

Biasanya kalau aku ke Restoran Joho Lama, aku akan makan asam pedas ikan pari dia. Antara asam pedas yang sedap di KK.

Jadi alang-alang dah ke Aeropod, aku ajak la diorang pergi ke pasar malam yang ada di situ. 

Kalau weekend memang malas nak ke sana sebab orang ramai. Waktu hari bekerja macam ni la waktu yang terbaik untuk ke sana. Parking pon senang cari dan orang tak ramai sangat.

Ni kali pertama aku ke Pasar Malam di Aeropod, rupanya ada banyak juga makanan menarik yang dijual. Bakso yang dijual di motor pon ada juga.

Tapi sebab plan nak makan asam pedas malam tu, tak banyak la yang dibeli di sini.


Ali Ayam Gepuk

Aku tahu pasal Ali Ayam Gepuk ni dekat tiktok. Dah banyak kali lalu di tiktok aku, tapi baru hari tu dapat mencuba.


Menu yang ada


ada pilihan ayam crispy atau original

kubis atau kangkung goreng


Aku beli set B ayam crispy

Harga RM13

bagi aku harga dia berbaloi sebab dapat 2 ketul ayam yang besar


selain tu, aku beli chicken tender juga. Nampak sedap.

Jadi, 2 makanan tu yang aku beli di Aeropod Night Market.


Dah siap beli, barulah kami singgah di Restoran Joho Lama, tujuan utama kami ke Aeropod.

Fathin dan Pini order lempeng.


Aku pula order asam pedas ikan pari, di makan dengan nasi ayam gepuk yang dibeli tadi.

Alhamdulillah, kenyang. 


Esoknya ingatkan nak makan lagi di area situ. tapi tak jadi sebab bermula lah episod aku tak sihat pula. Sakit tekak, demam, batuk dan selsema. 1 pakej la. Alhamdulillah dah makin sembuh selepas seminggu walaupun ada batuk dan sakit tekak lagi.







You Might Also Like

0 comments