Jakarta Jan 2026 : Check in Artotel Thamrin
Salam.
Masih di hari kedua di Jakarta. Selepas jalan-jalan dan membeli belah di By The Sea PIK, kami meneruskan perjalanan ke Jakarta Pusat untuk check in di Artotel Thamrin.
Kali pertama aku ke Jakarta, aku tinggal di Hotel Ashley Tang Menteng. Kali ni saja nak cuba hotel lain pula.
Check in Artotel Thamrin, Jakarta
Aku booking Artotel Thamrin di apps booking.com dengan harga RM643 untuk 3 malam (2 orang). Seorang cuma RM321.50 untuk 3 malam. Okay juga la harga dia.
Kami pilih bilik yang biasa je, ada tingkap kecil sahaja. Bilik pun tak besar sangat, tak kecil sangat. Ada la ruang untuk buka luggage dan solat.
ruangan bilik
tandas dia besar juga, selesa.
Dalam bilik ada coffee machine, tapi tak sempat nak guna.
Proses check in pun senang je. Yang penting, ada lif.
Tangga yang femes - dari movie Sore: Istri Dari Masa Depan. Aku tak tahu pun pasal movie ni, Pini yang bagitau pasal tangga ni.
Ingatkan nak ambil gambar di sini, tapi tak sempat juga.
Selepas check in, kami solat dan rehat kejap. Kemudian kami naik grab untuk ke Plaza Senayan. Kami ke sini sebab nak ke satu kedai ni, ada kawan pesan barang yang ada di sini.
Restoran di Artotel Thamrin ni ada di bahagian lobi, dan bilik hotel ni dah termasuk sarapan pagi sekali.
Jom tengok apa sarapan aku selama 3 hari di sini.
Sarapan di Artotel Thamrin
Sarapan hari pertama
Sarapan hari kedua
makan indomee juga. Nak makan masa hari pertama, tapi ramai orang beratur bahagian indomee, jadi makan hari kedua je.
Sarapan hari ketiga
ulang makan lagi bubur nasi dia sebab sup dia sedap.








0 comments