Jakarta Jan 2026 : Plaza Senayan
Salam.
Lepas dah check in Artotel Thamrin dan berehat sekejap, kami naik grab untuk ke Plaza Senayan pula.
Ni kali pertama aku ke sini. Tujuan utama ke sini adalah untuk cari barang yang kawan aku pesan iaitu wallet Peggy Hartanto.
Tapi tak ada rezeki dia, barang yang dia nak tu dah habis.
Jadi kami jalan-jalan di dalam Plaza Senayan ni dulu alang-alang dah sampai sini.
Masa jalan-jalan tu aku ternampak kedai yogurt, macam llao llao.
Jadi aku singgah dan beli la yogurt dulu, walaupun agak kenyang lagi masa ni.
Sour Sally
Antara buah yang ada
Yogurt yang aku beli
comel sudu dia
Ingatkan dia bersalut coklat, rupanya yogurt ni memang warna hitam.
Sedap juga.
Kalau ke Indonesia lagi, maybe boleh repeat lagi beli yogurt ni.
Harga RM17.11 (selepas convert). Harga lebih kurang llao llao juga la.
lepas dah makan yogurt, jalan-jalan pula sambil cari makanan untuk dinner. Nak makan kat sini macam kenyang lagi, jadi kami bungkus dan bawak balik ke hotel je.
Five Monkeys
Ramai orang beratur sini, jadi tertarik nak cuba burger dia.
Cold Stone Creamery
saja nak cuba ais krim ni.
GOOMA
Kami jalan lagi dan terjumpa cafe ni - GOOMA
Cafe ni dalam butik baju
kami try strawberry matcha
Sedap juga laa
Harga RM16.20 untuk 1 cup
lebih kurang harga di Malaysia juga laa.












0 comments