Beli nasi kandar di Grabfood

 

Salam.

Walaupun baru je makan nasi kandar sabtu minggu lepas, tapi hari isnin tu masih terasa lagi nak makan nasi kandar.

Kebetulan My Nasi Kandar Hameed dah ada di grabfood, jadi kami order la di sana je.

Harga di grabfood mesti lah lagi mahal daripada beli di kedai kan.

Tapi kami buat group order, dan masukkan voucher code jadi dapat la harga murah sikit.


Aku pilih set nasi kandar ayam



Ada ayam goreng, sayur kubis, sebiji bendi dan cili hijau besar dan separuh telur masin.

Rasanya beli di grabfood nasi dia agak banyak. Jenuh juga nak habiskan satu bungkus ni.

Lepas dah makan, memang sangat kenyang. Malam dah tak makan, sebab masih kenyang sampai ke malam. haha

 

You Might Also Like

0 comments