Jakarta Jan 2026 : By The Sea PIK

Salam.

Hari kedua di Jakarta. Sambungan daripada Makan di Pagi Sore.

Selepas makan di Pagi Sore, kami terus ke By The Sea PIK pula.

Kami memang sengaja pilih untuk ke sini di hari pertama sebab kalau terus ke bandar nanti nak datang sini balik agak jauh sikit. Sebenarnya tak la jauh sangat, tapi kalau salah timing, akan stuck dalam 'macet' uish tak sanggup.

Masa ke Jakarta tahun lepas, kami cuma nak ke satu tempat yang jarak dia kurang 5km, tapi hampir sejam lebih juga dalam kereta.

Sebab tu la tahun ni kami cuba elakkan terkena 'macet' lagi. Penat duduk dalam kereta je nanti.


By The Sea PIK 

Tujuan utama ke sini adalah untuk shopping. Tapi aku aim nak beli perfume je di sini. Perfume jenama Maga.

Tahun lepas beli jugak perfume ni, aku suka bau dia. Itu yang tahun ni nak beli lagi dan bagi dekat keluarga aku.


gambar booth MAGA yang diambil pada tahun 2025

tahun ni tak banyak ambil gambar pula di sini.


Tapi kali ni tak banyak juga membeli sebab ada perfume yang aku suka, tapi dah tak ada di situ.

Kawan aku Pini shopping perfume dan baju juga di sana.

Cantik design baju dia, cuma aku tak rasa nak beli baju baru je.

Lepas dah shopping baju, kami singgah cafe pula - Bleum Coffee.



Ni menu yang ada


sekitar Bleum Coffee




Pini minum matcha, aku minum kopi

Belum dapat kopi lagi hari tu. 


Kopi (lupa dah beli kopi ape)


Iced matcha latte


Lepak sekejap di cafe tu, tak lama lepas tu kami pun naik grab untuk check in hotel seterusnya.





You Might Also Like

0 comments