Salam.
Minggu lepas ada pre-order nasi ganja oleh seller nasi kandar yang aku selalu makan.
Tak pernah cuba nasi ganja, jadi terus lah order.
Order minggu lepas, untuk hari selasa minggu ni. Aku order 5 bungkus terus. 1 bungkus untuk aku, 4 bungkus lagi untuk kawan-kawan aku. Saja belanja mereka, rindu nak makan makanan orang semenanjung kan.
Beza dengan nasi kandar rasanya cuma nasi dia. Lauk pauk dia sama je macam nasi kandar yang aku order sebelum ni.
Nasi ganja. Ada cili hijau juga.
Nasi dia je yang lain dan semestinya sedappp. Memang kena dengan tekak aku. Tapi harga dia mahal RM3 dari harga nasi kandar standard la, iaitu RM15 sebungkus.
Macam biasa, aku guna khidmat grab express je untuk ambil makanan tu dan hantar ke hospital.
Kalau tengahari nak keluar ambil sendiri terpaksa la menempuh jem dan juga panas. Baik guna khidmat grab express je, jimat tenaga dan masa. Lagipun, agak sibuk juga masa tu.
Korang yang tinggal di KK, Sabah nak cuba nasi ganja ni. Silalah follow ig atau fb Nasi Kandar Chombi. Anytime je dia akan buka untuk pre-order. Sekarang cepat betul dah sold out, so kena lah sentiasa alert ya.
p/s: ni entri tulis malam tadi. Minggu ni busy macam biasa, harap weekend ni sempat lah blogwalking ya.
Salam.
Ternampak resepi ni dekat blog Busyra. Kebetulan ada beli kangkung hari tu. Tapi tak guna lagi.
So, dapat idea untuk buat nasi goreng kangkung. Jadi lah untuk breakfast weekend ni.
Simple-simple je, sebab sorang je yang makan pun.
Housemate diet, so makan sorang je lah. Haha.
Terasa sihat, sebab banyak kangkung..
Ada baki lagi. aku simpan dalam tupperware, boleh makan untuk breakfast esok.
Resipi simpan sini senang untuk rujukan aku semula nanti. haha
Bahan- bahan
Nasi
Kangkung
Telur (aku guna 4 biji, sebab isi ayam dah habis)
Daun bawang (aku guna ni sebab ada banyak baki lagi, nak habiskan haha)
Cara Masak
1. Masukkan minyak, tumis daun bawang.
2. Pecahkan telur dan kacau.
3. Masukkan nasi, kangkung dan garam secukup rasa. Kacau lagi.
4. Siap!
p/s: korang makan apa hari ni?
Salam.
Musim durian dah nak habis, baru aku dapat makan durian tahun ni.
Kalau boleh balik Penang, dah lama dapat makan durian. Tapi sebab sorang-sorang dekat Sabah ni, tak rajin pula nak membeli durian sebiji sebiji dan kopek sendiri.
Alhamdulillah, kawan baik (Pini) beli durian dan tolong kopek kan sekali durian tu. Siap letak dalam tupperware lagi.
Mulanya dia offer nak hantar pegi hospital (aku oncall hari tu), tapi takut nanti kuat pula bau durian ni. Jadi aku cakap la, nanti kalau aku free dapat balik rumah kejap, aku singgah pegi ambil rumah dia.
Tapi... bila cakap kalau free tu.. Tiba -tiba jadi busy. Ada patient unstable la, dan aku kena tolong kawan aku. So, bermalam la aku dekat hospital. Tak sempat nak pegi makan durian.
Keesokannya, bila dah cukup rehat lepas oncall, barulah aku ke rumah Pini dan makan durian di sana.
Pemandangan dari balkoni rumah kawan aku, ada tasik belakang tu.
Happy sangat, sebab teringin daripada awal musim durian lagi.
Aku tak ada lah makan banyak sangat, cuma nak rasa je lebih.
Bila dah dapat makan seulas dua pon dah cukup bahagia. Terubat rindu nak balik kampung sikit.
Seulas kebahagiaan....
Aku tak sure pula ni durian jenis apa, sebab dapat dalam tupperware terus kan. Gigih kawan aku tolong kopek kan.
dah la tangan dia tak berapa okay, ada ligament problems. Terharu sangat..
Salam.
Alhamdulillah, dah hampir setahun usia blog baru aku kali ni.
Minggu lepas aku dapat email untuk renew domain blog ni.
Tapi aku biar je dulu, sebab lambat lagi expiry date untuk renew kan.
Nasib baik hari ni aku buka email (ni email untuk blog je, personal email aku lain sebab guna untuk kerja kan). Dapat lagi reminder untuk buat pembayaran renew domain.
So, aku tak boleh bertangguh lagi untuk bayar, kang nanti terlupa terus kalau terlampau sibuk.
Senang je nak buat pembayaran, aku je yang jenis bertangguh haha.
Kalau terlupa bayar, habislah..
Yeay dah siap bayar.
Cuma RM60 untuk setahun. Aku rasa berbaloi la.
Hari tu aku google je tengok domain mana yang okay, terjumpa website ni. Terus aku register sini je.
So far aku guna Syokhost.com ni okay lah. Tak ada masalah lagi.
Tiba-tiba teringat blog lama aku - syuhadasalleh.my , syuhadasalleh.com ..
semua entri dah tak ada. sedihh..
----
Kalau korang tengah cari domain, boleh la cuba di sini SYOKHOST.COM ya.
Salam.
Kebanyakan barang yang aku beli online adalah makanan.
Kimchi pon aku beli online je. Sampai kawan aku cakap, kat Sabah tak ada ke sampai kena beli online. Haha.
Aku jawab la, malas nak pergi beli dekat kedai. Beli online lagi senang, tekan-tekan je. Lepas tu tunggu barang sampai dekat klinik. (aku guna alamat klinik untuk pos barang, sebab senang. Kalau letak alamat rumah sewa, sampai ke sudah la tak dapat barang. Jarang ada dekat rumah terutamanya ketika hari bekerja. Baik letak alamat hospital je senang. Barang sampai, nanti akan ada nurse post dalam group. Pernah sekali tu, hari hari barang sampai haha. Aku jawab la, ni je sumber kebahagian time COVID macam ni. Nak travel tak boleh, shopping je lah kerja nya. Oopss)
Hari tu tengah survey green tea dekat shopee. Terjumpa seller ni. Murah kot harga green tea dekat situ, ada banyak jenis pula tu.
Ternampak pula Ahmad Green Tea sekotak 100 bags green tea, dapat FREE mug. Harga cuma beza RM1 dengan green tea yang sama tapi tanpa mug.
Apalagi, aku ni pantang nampak benda FREE, terus akan beli. Jadi berkotak la aku beli. Tak tau la bila akan habis. Nasib baik sekarang dah jadi habit minum green tea hari-hari..
Harga sekotak ni cuma RM16.90
Ni lah mug nye. Cantik kan?
Tapi tu la. dah sold out la pulak. Terlambat share sini.
Kalau korang nak tengok green tea lain, boleh la cari kat sini. Tengah ada promo juga dekat situ.
Bye!
Salam.
Jom join giveaway ni korang.
SUPRISE yang pernah aku dapat,
Antara SUPRISE yang pernah aku dapat adalah pada tahun 2020. Masa tu, aku dan kawan-kawan pergi roadtrip ke Tambunan, seminggu sebelum birthday aku.
Aku ingatkan bercuti biasa aje. Kitorang memang kerap travel/ roadtrip sama-sama.
Hari kejadian tu aku postcall, jadi dalam kereta aku tidur je la. Dari KK ke Tambunan lebih kurang 2-3 jam perjalanan juga la.
Jadi bila dah check in tu aku terus baring di bilik, sebab penat postcall tak hilang lagi. Malam oncall tu sangatlah eventful. Aku tak dapat tidur langsung seingat aku.
Tak lama lepas aku tidur sekejap, ada kawan aku sorang lagi yang bergerak dari Keningau ke Tambunan pon sampai. Dia gerak asing, sebab dari Keningau kan.
Dia masuk bilik dan ajak aku pergi makan tengahari di bilik Eddy (dia sorang je lelaki, jadi dia tidur 1 bilik asing). Dia dah siap masak dari KK, sebab tau susah cari makanan dekat situ.
Aku pon dengan semangatnya bangun la kan sebab lapar walaupun masih mengantuk.
Bila aku masuk ke bilik kawan aku, tiba-tiba aku dikejutkan kan dengan 'Happy Birthday, Syu!'
Memang terkejut betul aku time ni. Sebab tak perasan langung diorang prepare barang dan kek semua tu.
terharu sangat masa ni dengan diorang. Memang ni antara SUPRISE yang aku akan ingat selamanya.
Paling best, aku tak bawak pon baju cantik ke ape ke. Kawan aku siap bawak extra baju untuk aku pakai. Lols.
Tukar baju cantik kejap untuk ambil gambar, lepas tu makan. Haha.
Tamat 22 Sept 2021