Salam.
Hari ni aku tak bawak bekal makanan aku. Semangat je masak malam tadi, dah masak untuk 2-3 hari punya bekal.
Tapi ingatkan nak puasa hari ni. jadi tak bawak la bekal makanan tu. Tak jadi pulak puasa, jenuh fikir nak makan apa time lunch tadi.
Last-last aku scroll grabfood ternampak subway. Ada 50% off guna kod 'hotdealsgf' kan. So, beli la 2 makanan. Subway bread dengan meatball Dalam RM26+. Guna kod diskaun, tinggal dalam RM17+ selepas tambah dengan kos penghantaran.
Siap ada tulis nama dekat plastik. Sebab biasanya mintak rider tinggalkan dekat lobi je bila makanan sampai. Ada masa, baru turun ambil.
Tapi tadi dah sampai, terus aku turun, sebab dah terasa hypo (baca :hypoglycemia) tu. haha
cheesy meat bowl + roti sandwich
Sedap meatball subway. Ada 5 biji.. dah makan sebiji baru teringat nak ambil gambar.
Makan sambil tengok drama korea Hometown Cha Cha Cha.
Sekarang tengok drama boleh time makan je.
Tak ada masa sangat nak tengok. Weekend pon oncall kan.
Tak sabar nak dapat full weekend minggu ni.
Korang lunch ape pula?