Salam.
Ada aku cerita dalam entri sebelum ni yang baik aku Inah datang melawat aku di KK.
Jadi, antara menu yang di'request' sebelum ni ditunaikan satu-satu.
Masa dia di KL, selalu dia share gambar karipap pusing yang dibuat.
Aku dah pesan awal-awal, nanti datang KK jangan lupa buat tau!
Dan Alhamdulillah, dapat juga makan karipap pusing buatan kawan baik aku yang dia sendiri gelar Karipap pusing Cik Inah, haha.
Ok jom tengok gambar karipap pusing ni.
Katanya tak berapa nak jadi pula kali ni.
Tapi yang penting, rasa dia sedap!
Di sebelah karipap tu ada segelas air Vit C (aku kerap minum sekarang, sebab kadang-kadang tu rasa nak demam je setiap kali dengar kawan kena Covid).
Ok bye!
Salam.
Minggu ni kawan aku Inah datang ke KK, Sabah. Dia akan stay di sini selama 2 minggu.
Jadi, semalam kami ke pasar, beli makanan laut (udang, ikan, sotong, ketam) dan juga daging.
Semangat nak masak macam-macam, siap ada list lagi.
Tapi Inah la yang masak, sebab aku kerja macam biasa. Kerja dia flexible, sebab tu boleh tinggal di KK lama sikit.
Sambil bekerja, sambil cuti juga.
Tadi pagi pergi hiking di Bukit Padang setelah berbulan lamanya tak ke sini sejak tahun lepas.
Ni pula kali pertama aku hiking selepas turun daripada Gunung Kinabalu awal bulan lepas (tak sempat buat entri lagi, sebab masih sedih tak dapat puncak disebabkan cuaca yang kurang baik).
Ok, berbalik kepada tajuk entri.
Lepas hiking, aku terus ke dapur masak nasi goreng seafood + ayam. Simple, sedap (kata Inah) dan mengenyangkan.
Nasi goreng seafood. Di sebelah tu ada bunga lily. Baru satu kopak yang berkembang.
dari sudut lain pula.
*ada treadmill hiasan di situ (dah lama tak guna) haha
Selamat menjamu selera..
Salam.
Ni cerita minggu lepas.
Dah lama tak makan Nasi Ambeng.
Kalau tak salah, kali terakhir makan nasi ambeng masa belajar dulu, masa posting di Tanjung Karang, Selangor.
Sedap betul nasi ambeng/ ambang dekat sana.
Aku suka sebab portion dia besar dan ada banyak jenis bahan di dalam.
Ada nasi, mee, lauk-lauk. memang sedap.
Nasi Ambeng ni kawan aku order di foodpanda, lupa pula nama kedai dia.
Tak sangka di KK pon ada nasi ambeng ni.
Tapi, tak sesedap seperti di Selangor la.
Rindu nak makan dekat sana, entah bila la dapat ke sana lagi ya.
Ni la bungkusan dia.
Dibungkus dengan daun pisang. Tapi salah buka, daun pisang dia terlari ke tepi. Haha.
Bye!
Salam.
Dalam jam 7malam semalam, tiba-tiba aku dapat call daripada Mak Ngah aku. Masa tu tengah sibuk, jadi tak sempat nak angkat call.
5 minit kemudian, baru aku sempat call semula. Ingatkan Mak Ngah aku nak tanya pasal Pak Ngah aku, sebab dia tak sihat beberapa hari lepas.
Rupa-rupanya, nak tanya pasal sepupu aku. Agak panik juga suara Mak Ngah aku masa tu, aku macam dah cuak juga la.
Sebenarnya, adik sepupu aku baru diambil daripada sekolah asrama dia sebab demam teruk. Bila test ujian covid-19 (saliva test Ag), tengok-tengok 2 line dan suhu adik sepupu aku masa tu cecah 39 darjah juga la.
Mak Ngah aku tanya apa patut buat. Aku cakap ambil ubat dulu (nasib baik ubat ada). Sebab sepupu aku ni bawah 10 tahun dan berat 20+ kg je, kena kira dose panadol ikut berat.
Lepas tu nak buat ape?
Aku fikir sekejap....
baru aku cakap kena update dalam Mysejahtera, tapi kalau makin teruk kena pergi ke hospital terdekat. Dan semua orang dalam rumah kena kuarantin dan tak boleh keluar.
Lepas tu aku terfikir, kalau orang lain kan.. mesti macam blur juga tak tau nak buat apa.
Aku kerja di hospital, jadi anything senang je liase dengan pihak hospital. Kalau orang biasa, macam mana eh diorang nak buat kan.
Aku pon tengok la fb KKM dan memang betul la apa yang aku bagitau Mak Ngah aku tu. Jadi saja la nak share sini juga.
mana tau, dapat membantu orang lain kan.
Sebarang pertanyaan, silalah hubungi nombor di atas.
Jaga diri ya semua..
p/s : Besok kena check saliva test lagi, bulan ni setiap minggu kena check. Harap-harap 1 line saja lah.