Salam.
Alhamdulillah, dapat hadiah lagi, hasil berblogging.
Sebenarnya ni hadiah top komentator bulan 9 di blog Kak Shikin.
Aku tak perasan yang ada gambar top komentator bertuah je yang dapat hadiah. Semangat je aku pergi hantar details dekat kak shikin.
Aku tak perasan pon tau, sampai kak shikin cakap yang sorang top komentator bertuah je yang dapat. Aku pon pergi la baca balik entri hari tu.
Omg, memang ada la.. Aku yang tak perasan... Malu kejap masa tu. haha
Tapi kak shikin baik hati betul, alang-alang aku dah send details kan, kak shikin bagi juga hadiah untuk aku. Terharu tau...
Hadiah tu pon dah selamat sampai isnin minggu ni. Tapi hari ni baru sempat nak buka. Asyik oncall postcall je kan. Penat betul, sampai tak sempat nak buka parcel.
Dan biasanya time ko oncall/postcall la banyak parcel akan sampai.
Dah la dengan barang oncall lagi kan, pastu dengan parcel ko yang banyak. Memang jenuh juga la nak bawak balik.
Ni pon ada barang aku akan sampai lagi. Nampak macam akan sampai hari aku oncall lagi. Haha...
Takpe lah, yang penting barang sampai kan. Tapi perasaan excited nak buka parcel tu kurang la..
Oklah, tak nak bebel banyak.
Terima kasih Kak Shikin atas hadiah yang diberikan.
Semoga makin dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan buat Kak Shikin dan keluarga ya..
Jom la korang, singgah di blog Kak Shikin.
Bye!
Salam.
Hari tu aku ada beli telur puyuh kan.
Aku campur dengan sup ayam yang aku buat.
Ingat nak tambah telur ayam rebus, tapi alang- alang dah ada telur puyuh, kita guna telur puyuh la kan.
Tambah telur dalam sup ayam, sebab nak dapatkan lebih protein. Baru nak start diet semula. Berat dah naik banyak betul, jadi terpaksa cari semangat untuk diet.
Tapi tu lah, nafsu makan tu kuat sangat, dah la selalu binge eating.
Harap-harap kuat la semangat untuk diet ni, dan yang paling penting kena konsisten.
Ni dah siap masukkan dalam bekas. Meal prep untuk 3 meals.
Senang, sekali masak untuk beberapa kali makan.
Jimat masa pon ya jugak.
Bye!
Salam.
Ni menu hari selasa baru-baru ni.
Masa ni baru lepas balik dari Bataras Supermarket. Pergi sini sebab ada banyak pilihan lauk macam ayam, ikan, sotong, udang, kerang dan banyak lagi.
Kalau Pick n Pay pula, biasa ada ayam je. Ikan yang ada pun, salmon je. Jadi, kalau nak makan ayam sahaja. aku pergi beli di situ la.
Dekat dengan rumah aku.
Bataras Supermarket pon tak adalah jauh betul dari rumah aku, maybe dalam 10 minit macam tu je.
Aku beli udang, kerang dan ayam hari tu. Teringat ada kuey teow dekat rumah.
Terus rasa nak makan kuey teow goreng seafood.
So, sampai je rumah terus masak. Tak sampai 30 minit, siap la kuey teow goreng seafood aku ni..
Kuey Teow Goreng Seafood
Telur mata tu goreng atas kuali non stick tanpa minyak, tu yang rupa dia macam tu. haha.
Resepi tak payah share kot, sebab ramai yang tahu ni. simple aje. hehe.
Oklah, bye!
Salam.
Cara rebus telur burung puyuh. Saja nak buat entri ni, senang untuk rujukan aku pada masa akan datang.
Tak salah aku, dah beberapa tahun tak makan telur puyuh.
Time oncall hari tu, ada sister (ketua jururawat) tanya, ada tak yang nak beli telur puyuh. Ada nurse ward sebelah yang jual.
1 bekas - 12 biji RM4. Aku rasa murah la harga dia, sebab aku biasa nampak telur puyuh yang dijual di Pick n Pay (mini supermarket) berdekatan rumah aku harga dia hampir RM10. Itu yang tak pernah beli pon, sebab rasa macam mahal.
Jadi bila dah ada yang menjual, apa lagi.. Aku cakap nak 2 bekas (24 biji telur puyuh) dengan harga RM8. Murah ke? Aku pon tak pasti. Maybe di semenanjung lagi murah kot. Dekat Sabah ni biasa harga barang memang lagi mahal. haha.
2 bekas telur puyuh (24 biji) - RM8
Bila dah beli, kena la masak kan. Aku tak ada idea sangat nak masak apa, ingat nak buat sambal telur puyuh je. Nak buat macam side dish korea macam dalam drama Its Okay to Not be Okay, tak pandai la pula.
Jadi, aku guna untuk campur dengan sup ayam yang dimasak.
Google la aku cara nak rebus telur puyuh ni. Tak pernah masak/rebus sendiri kan..
Di bawah ni cara dia..
Cara rebus telur burung puyuh
1. Masak air sampai mendidih, masukkan sedikit garam.
2. Bila air mendidih, masukkan telur puyuh dan biarkan selama 4 minit.
3. Dah siap, sejukkan dan kupas macam biasa.
kecil betul telur puyuh, struggle juga la nak kupas kulit dia. haha.
Ok, ni lah hasilnya. Aku guna 12 biji dulu. Lagi 12 biji kita guna kemudian ya.
Bye!
Salam.
Hadiah Top Komentator di blog kak ret sebenarnya dah sampai dari minggu lepas.
Tapi hari ni baru ada masa nak up entri.
Thanks Kak Ret dan Uyum bagi hadiah yang comel dan wangi ni.
Nak guna pon rasa sayang sebab wangi sangat..
Hadiah dari blogger Kak Ret & Uyum - Cleansing Hand Gel.
Hadiah yang sangat berguna time pandemic covid ni..
Peach Bellini
Dua-dua ni bau dia sedap tau..
Thank you Kak Ret & Uyum!
Semoga makin dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa ya..
Salam.
Alhamdulillah, hadiah daripada Merdeka Giveaway by TarotTheFool dah sampai.
hari tu dapat tau menang Merdeka Giveaway by TarotTheFool yang aku join bulan lepas.
Full entri pemenang di sini --> Pemenang-Pemenang Merdeka Giveaway by TarotTheFool.
Aku menang Home Textile Face Towel.
Terima kasih penganjur giveaway..
Semoga makin dimurahkan rezeki ya..