Salam.
Baru je makan yogurt llaollao tadi.
Hari ni ada diskaun 33%. Aku tak tau pun, kawan aku yang bagitau.
Apa lagi, jom la kan makan yogurt. Terubat rindu nak makan yogurt dekat Kundasang.
Aku pergi llao llao di Suria Sabah je, lepas balik kerja terus singgah sana.
Jalan tak 'jam' sangat, cepat je sampai situ.
Masuk je dalam Suria Sabah Mall, terus ke tempat yang nak dituju - llaollao.
Lepas beli, singgah Watsons dengan Guardian kejap sebab nak cari self test kit untuk Covid-19 tapi semua sold out.
Ramai yang borong maybe, sebab hari ni je kes Covid-19 dekat Sabah dalam 5000+, di KK je dah 1000 kes. Alahai..
Tak jumpa benda yang nak cari, terus balik. Makan llaollao dalam kereta je. Risau..
Beli 1 je, tak sure harga berapa, kawan aku yang bayar haha.
nak focus gambar yogurt, tapi terfocus gambar kedai pula..
Ni lah offer yang aku maksudkan.
Hari rabu minggu ke-3 setiap bulan. Dari pukul 1pm-7pm je.
llao llao @ Suria Sabah
B, Suria Sabah Shopping Mall, 1, Jalan Tun Fuad Stephen,
Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Bye!
Salam.
Tak habis-habis lagi aku dengan minuman Majeztea ni.
Kalau dah suka, memang akan repeat selalu. Dah muak nanti, tak beli dah la. haha.
Macam aku cerita dalam entri yang lepas, 2 kali aku minum Majeztea.
Minuman yang sama juga iaitu Milk Tea with Cheese.
Minum sejuk-sejuk, memang sedap..
Ni beli hari selasa lepas, Milk Tea with Cheese half sugar
Time ni dekat klinik, ada waktu rehat. Sambil makan tu, layan la kejap drama korea All of Us Are Dead.
Ni pula hari jumaat lepas, Milk Tea with Cheese normal sugar
Harap-harap minggu ni tak terbeli lah ya.
Semalam buat blood test, risau asyik minum air manis je. Nasib baik okay. haha.
Aku memang selalu buat blood test check kadar gula, kadar kolesterol dalam darah at least 6 bulan sekali.
Nasib baik normal setakat ni (risau sebab ada strong family history kencing manis).
ok, bye!
Salam.
Minggu lepas merupakan minggu yang kerap betul beli minuman manis aka boba.
Majeztea saja 2 kali beli minggu lepas.
Sabtu tiba-tiba craving benda manis lagi, sebab oncall kan.
Jadi terbeli lah Tealive. Mula-mula nak beli coffee je, tapi tengok ada menu baru -Tealive Mangold with Jelly & Sago. So, aku pon beli yang ni.
Mangold Milk Shake with Jelly & Sago
Aku pilih slight sugar. Ni pon dah agak manis bagi aku.
Minum tealive mangold sambil buat discharge summary.
Ada 3 layer, first layer tu mango, yang kedua tu jelly dan ketiga sago.
Rasa dia?
Sedap.. boleh minum lagi next time. Maybe next month pula la ya.
Salam.
Hari ni aku postcall. Walaupun tak penat sangat oncall semalam, hari ni mesti akan tidur juga. Sebab tu tak suka sangat oncall hari sabtu, sebab hari ahad pun akan habis dengan tidur.
Kiranya takde weekend la aku minggu tu.
Minggu depan pon oncall hari sabtu juga. Harap-harap good call la.
Pagi tadi lepas dah thumb out, aku dan kawan oncall aku Joshua pergi breakfast.
Biasanya kami akan makan di Kwong Sup Ikan, tapi sebab baru je makan situ minggu lepas, kami ke tempat lain pula untuk breakfast.
Bila nak breakfast kan, mesti tak tau nak makan apa. Dia cadangkan makan di Fook Yuen atau Yee Fung Laksa, aku pilih nak makan Yee Fung Laksa.
Yee Fung Laksa ni famous dengan laksa dia la, seperti nama kedai dia.
Tapi aku kurang sikit laksa, jadi aku makan la claypot chicken rice.
Hari ni ahad, jadi ada Gaya Street Market, tapi nasib baik tak ramai orang.
Rasanya ramai orang KK kena Covid atau kena kuarantin sebab kontak rapat Covid. Iya lah, department aku je dah 10 orang kena dalam 2 minggu ni. Huhu.
Ok la, berbalik kepada tajuk entri ni.
Ni lah claypot chicken rice yang aku order.
Biasanya siap lambat, tapi sebab tak ramai orang cepat je dah dapat makanan.
Macam biasa, sedap..
Dah kenyang, balik rumah tidur!
Yee Fung Laksa (Laksa Yee Fung)
127, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
p/s: Jadi diri semua orang, Covid makin banyak..
Salam.
Ni kisah di KL lagi. Kami terpaksa bermalam di Airport gara-gara terlepas flight.
Tak tau nak geram dengan siapa, diri sendiri ke airlines.
Aku ke KL bulan lepas naik MAS. Dah lama tak guna MAS, apps pun ada problem. Nak login, tak dapat. Kena pergi service counter bagai la.
Jadinya beli tiket flight macam biasa la, guna apps tapi tak login.
Rupanya flight dah diawalkan, tapi mereka hantar melalui email.
Masa flight dari KK ke KL tu nasib baik la alert juga dengan email. Ni flight balik dari KL ke KK pun dia awalkan juga.
Sibuk bercuti, tak tengok la pula email.
Kalau Airasia, dia akan email dan hantar mesej ke phone kita. So, memang sentiasa alert la kalau dengan AirAsia.
Tapi MAS ni.. Hmm.. rasa macam tak nak naik dah flight MAS lepas ni. Lagi prefer AirAsia walaupun ada ramai yang ada isu dengan AirAsia.
dan.. ni bukan kes pertama yang aku tau.
Sebelum ni kawan aku Pini dan kawan yang lain pernah juga terlepas flight MAS gara-gara isu yang sama. Flight diawalkan tapi inform by email je. Kalau orang tu busy dan email terlampau banyak memang boleh termiss kot email tu. huhu.
Ok lah, malas nak ingat kisah sedih ni lagi..
Jom cerita pasal Aerotel pula.
Aerotel, KLIA2
Dah terlepas flight kan, jadi terpaksa beli flight baru. Kali ni beli flight AirAsia juga.
Sebab fikir nak bermalam di KLIA2 je. Senang sikit. Malas dah nak tumpang rumah kawan, nanti besok nak kena hantar pergi ke airport lagi.
Tengah penat juga masa ni, jadi kami buat keputusan bermalam di airport je.
Mula-mula Pini suggest stay di Capsule Hotel. Tapi aku cakap baik tidur hotel biasa je. Sebab capsule hotel kan sempit sikit lepas tu toilet pula di luar dan kena kongsi.
Aku cuba cari hotel dalam KLIA2 (google je) dan terjumpa Aerotel ni. Aku call tanya harga walk in, rupanya lebih mahal daripada Booking.com.
So, kami book melalui Booking.com je lah. Ambil pilihan 12 jam, double bed.
12 jam ni akan dikira dari waktu kami check in. Cukup la 12 jam sebab kami check in pukul 11malam dah, jadi check out kena lah 11 pagi besok. Flight kami besoknya dalam pukul 10 pagi.
Jom tengok Aerotel ni.
2 katil single. sangat selesa.
Ada TV. Dekat meja tu ada kettle dengan teh dan coffee.
tempat gantung baju. Takde almari..
Toilet bersih, ada banyak towel juga..
Sabun mandi, toilteries. Lengkap semuanya.
Bagi aku, sangat selesa lah.
Toilet pon bersih.
boleh stay sini lagi next time kalau ada flight awal pagi.
Aerotel Kuala Lumpur
Salam.
Ni cerita trip ke KL bulan lepas. Tak habis lagi ya..
Lunch di Sweetree, Ampang
Kami ke Sweetree, Ampang untuk makan makanan Korea. Lama tak makan sini, rasa macam pernah makan sekali je masa student dulu.
Lepas tu, tak pernah pergi dah. Jarang jalan-jalan ke KL kan.
Jadi, ambil lah peluang untuk makan di sini masa ke KL hari tu.
Masa ni restoran penuh, kena tunggu dulu. Lebih kurang 15-20 minit kami menunggu.
Dah dapat meja, cepat-cepat tengok menu dan order.
Banyak yang kami order, untuk 5 orang makan.
Ngam-ngam je lah dengan kami 5 orang. Kawan kami, Fak join sekali. Lama tak jumpa kan, sejak dia dah pindah dari Sabah beberapa bulan lepas. Balik for good juga.
Kami kan order set BBQ untuk 5 orang makan. Ada beberapa set daging, 2-3 kali juga dia hantar. Setiap kali makanan kena hantar, kena cepat-cepat cari ruang nak letak. Penuh meja kami hari tu.
Sedap sup dia, licin kami makan..
Lepas tu tambah lagi side order, macam mandu, kim-mari, bibimbap, pancake dan juga hotteok.
Bibimbap.
Sedap!
Korean Pancake pun ada juga
seafood pancake, sedap juga..
Side order - mandu dan kim-mari
Time ni tengah lapar, jadi rasa macam nak cuba je semua menu yang ada. haha
Hotteok, ada vanilla ice cream sekali.
Kami order hotteok, dia hantar last sekali.
Sedap!
Total kami makan hari tu RM500++
Bagi aku, berbaloi la. sedap dan harga dia berpatutan la..