Fun Restaurant - Korean Variety Show

 

Salam.

Selain Running Man, antara Variety Show korea kegemaran aku sekarang ialah Fun Restaurant.

Ada lagi la variety show lain yang aku selalu tengok juga, tapi kebelakangan ni asyik melayan je Variety Show Fun Restaurant ni.

Setakat ni macam ada 70+ episod dah. Aku haritu tengok episod 50 ke atas. Lepas tu tak ada next episod, aku start dari episod 1. 

Tapi baru-baru ni aku sambung tengok balik daripada episod 60+ haha.

Dia adalah rancangan masakan, di mana setiap episod akan ada topik makanan. Ada 4 peserta biasanya yang akan memasuki pertandingan memasak tu. Jika menang, menu pemenang akan dijual di convenience store seluruh Korea.

Ada banyak topik la, antaranya cheese, kimchi, paprika dan sebagainya.

Yang bestnye, setiap peserta tu bukan lah chef, tapi terdiri daripada comedian, pelakon.

Aku suka tengok episod masakan daripada pelakon Kim Jae Won dan anaknya Yi Joon. Selalu cerita tentang makanan sihat dan berkhasiat. 


Kim Jae Won & Yi Joo


Pelakon Lee Yu ri yang suka masak secara pukal dan beli barang secara pukal. Dah la kreatif pula tu.


Lee Yu Ri (episod Paprika)


Pelakon lain yang best ialah Ryu Soo Young. Dia ada banyak tips memasak dan selalu beli barang dengan harga yang murah. Tau je dia kat mana nak cari barang yang murah dan berapa harga setiap barang tu. Yang sweetnya, setiap kali memasak mesti dia akan teringan bini dia Park Ha Sun (pelakon juga).





Selain tu, pelakon Yoon Eun Hye (yang berlakon Princess Hours, Coffee Prince) ada juga dalam rancangan ni tau. Best tengok dia masak dan ajak housemate dia makan sekali.





Pelakon Yoon Ah dengan anaknya Min (anak dia autism), dan cerita dia memasak dan menjaga anaknya. Kalau episod Yoon Ah ni kan, mesti sedih sikit. Kadang-kadang menitik juga la air mata tu.




dan baru-baru ni ada guest lain lagi iaitu Park Jung Ah. Kisah masak dia pon menarik juga. Ada anak dia yang belum masuk 2 tahun lagi tapi bijak betul dan pandai bercakap.




Ok la, itu je yang nak tulis haha. Kalau korang takde idea nak tengok cerita/drama apa. Boleh try tengok variety show ni.



Recommended!





You Might Also Like

6 comments

  1. aduh kang gigit jari ni kalau tengok time puasa :p

    BalasPadam
  2. suka gak tgk ni... tp terstop plak tgk.. skrg dok layan lain....

    BalasPadam
  3. Kita paling suka Kim Jae Won & anak dia. Comel sangat!!Muka anak memang celup sebijik macam muka bapak dia😂

    BalasPadam
  4. Running Man setiap minggu tengok. Fun Restaurant ni tak pernah tahu pulak kewujudan dia. Eh eh Kim Jae Won dah ada anak eh. Teringat lakonan dia dengan Ha Ji Won dalam 100 Days with Mr. Arrogant :)

    BalasPadam
  5. bahaya tgk citer ni bulan2 puasa haha..

    BalasPadam