$$$

Jom daftar akaun Shopback kalau nak dapatkan cashback terutamanya semasa shopping online!

 Salam.


Besok or tengah malam ni akan ada sales 4.4. Biasa kalau ada barang yang aku nak beli di Shopee ke Lazada ke dan barang tu tak diperlukan dengan segera, aku akan tunggu time sales macam ni lah.

Sebab boleh guna banyak baucer diskaun. Dan yang bestnya Shopback pon ada special baucer juga semasa sales ni tau. Korang boleh guna baucer di online store yang korang shopping dan juga di Shopback.


Nak tau pasal Shopback boleh baca di SINI.

Tadi aku saja lah scroll shopback. Aku selalu akan guna akaun Shopback ni sebelum membeli sama ada di Shopee dan Foodpanda (sebab ni antara store yang ada cashback). Walaupun tak banyak cashback dia, tapi bila kumpul akan jadi banyak jugak. Boleh cash out dan sambung beli barang lagi nanti. Hehe.


Sebenarnya nak beli beberapa barang dekat Watsons. Tapi malas nak keluar (walaupun dekat je). So aku buka la website Watsons. Kebetulan ada cashback rewards juga di apps Shopback, jadi aku beli online je. Boleh dapat cashback tu.




Antara rewards yang ada. Kalau beli di Watsons akan dapat RM3.50.





Ini cashback biasa aku dapat bila buat pembelian. Setakat ni, cashback untuk Watson adalah sebanyak 3%.

Aku beli barang dalam RM100 tadi di Watsons, so dapatlah cashback dalam RM3.06


So, total penjimatan/ cashback yang aku dapat bila membeli di Watsons pada hari ni adalah sebanya RM6.56

Sikit je kan? Tapi kalau kumpul sikit-sikit lama-2 akan jadi banyak jugak.


Kepada yang belum ada akaun shopback ni, cepat-cepatlah daftar sebelum sales malam nanti ya.


Bye!


You Might Also Like

5 comments

  1. tu la lama dah register tp asyik la terlupa nak guna shopback ni...
    acc pun dah lupa password agaknya...

    BalasPadam
  2. memang untung ada cashback rewards ni. Kumpul kumpul lama lama banyak lah nanti.

    BalasPadam
  3. ntah bilalah mama nak daftar ni huhu

    BalasPadam