Mencuba Sambal by d' SAMBAL licious

 

Salam.

Akhirnya, dapat juga mencuba Sambal by d' SAMBAL licious daripada blogger Fairus. 




Aku beli di shopee je. Dari haritu dok tengok je sambal tu. Masa tu berfikir nak beli yang satu - satu je atau terus beli kombo alang-alang sebab boleh rasa semua jenis sambal tu kan.

Last-last aku beli Kombo 3 jenis sambal. hehe. 

Tak ada free postage. Tapi sebab teringin sangat kan, jadi beli je la. Nak support bisnes rakan blogger juga. 

Jadi petang semalam, selamat lah sampai sambal -sambal ni di KK, Sabah.

Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat. Tak ada pecah ke tumpah langsung.









Setiap botol sambal dibalut dengan bubble wrap.



Jadi malam tu juga aku cuba sambal ni. Sambal yang aku dah cuba adalah Sambal Petai Bilis Pedas

Serius cakap, memang sedap. Rasa dia sebjik rasa sambal yang aku suka. Pedas, ada manis sikit. Cuma minyak agak banyak la. Tapi, aku layankan je. Besok lusa kita diet ya. haha.

Hampir separuh botol aku makan sambal tu semalam, sebab sedap. Sampai bertambah nasi. 

Jadi tak boleh makan selalu sambal ni. Nanti bertambah lagi berat aku. dah la diet ke laut sekarang.


Jadi, kepada peminat sambal, sila la cuba sambal ni ya. Memang sedap tau.

Nanti bila sambal dah nak habis, aku akan repeat order lagi.


Harap-harap time tu dah ada free shipping di shopee. hihihi


Kalau nak cuba juga sambal ni, korang boleh tengok di sini ya  --> Kombo 3 jenis sambal.


Bye!

You Might Also Like

7 comments

  1. Sambal macam ni memang buat diet kelaut sebab sedap kan. Ada potensi menambah nasi. Sesekali Syu. Esok diet :)

    BalasPadam
  2. hahahhaa k ret pun dah try sambal ni..
    not bad... hahah cer try sambal omak jenny plak :p

    BalasPadam
  3. Bagus juga sokong rakan bloggers.

    BalasPadam
  4. Wah! Habis setengah botol??? Bahaya ni hihihii.

    BalasPadam
  5. Terima kasih...Nanti belilah lagi.. haha..

    BalasPadam